Soy Face Cleanser dari jenama unggul Fresh tidak perlu diperkenalkan lagi.
Pembersih wajah ini kekal sebagai produk terlaris di antara seleksi Fresh. Fresh terkenal kerana menggunakan bahan berinspirasikan alam semula jadi – dari ekstrak buah-buahan dan bunga-bungaan sebenar yang tiada tokok tambah bahan kimia.
Kenapa Wanita Memilih Soy Face Cleanser
Kalau masuk ke butik Fresh, terus ke rak pembersih wajah soya ini. Kiranya dah tak pandang yang lain.
Kalau nak tahu pembersih wajah ini mengandungi minyak kacang soya yang kaya dengan sumber protein yang tinggi.
- Foto – Fresh
Pembersih yang seimbang dengan pH terbukti dapat menghilangkan kotoran dan cela dengan baik tanpa merengsakan kulit. Menjadikan kulit lebih lembut, tenang dan kelihatan segar serta sihat sekali.
Oleh sebab itu, pembersih wajah ini sangat popular di kalangan wanita yang ingin kembalikan keremajaan dan keanjalan wajah secara sihat.
Soya Beri Nutrisi Baik Pada Kulit
Benar ke soya mampu membersihkan wajah sekaligus memberikan nutrisi baik pada kulit?
Menurut review pengguna, Soy Face Cleanser bagus untuk kulit sensitif dan acne prone. Walaupun ianya lembut tapi dapat mencairkan solekan dengan baik. Kulit terasa bersih dan tidak kering, sangat ideal untuk orang yang tak sukakan rasa kering bila membersihkan wajah.
- Foto – Fresh
“Memandangkan saya mempunyai kulit kombinasi kering dan berminyak dan sedikit sensitif, jadi saya sedikit gugup nak menggosok wajah dengan pembersih gel ini. Tetapi ternyata hasilnya sangat positif.
“Walaupun kulit saya tidak agak beza, yang best kulit saya langsung tidak timbul biji-biji lagi sejak saya mula menggunakan produk ini.
Bagus untuk kulit sensitif kerana terkandung bahan vitamin E dan asid amino. Antioksida yang terdapat dalam Vitamin E boleh melindungi kulit dari kesan bahaya radikal bebas, mengurangkan kedutan dan menjaga awet muda kulit anda.
Soy Face Cleanser juga mempunyai kebaikan asid amino diyakini dapat menjaga keanjalan dan kesihatan kulit. Asid amino dalam kacang soya ialah bahan semulajadi melindungi, merawat dan mengstruktur semula sel-sel kulit.
Magik Soy Face Cleanser Kerana Kandungan Bahan
Again, pembersih ini berfungsi dengan baik terutama bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif. Berikut bahan yang ada pada Soy Face Cleanser.
- Protein soya yang kaya dengan asid amino membantu mengekalkan keanjalan kulit.
- Ekstrak timun membantu menenangkan kulit.
- Air mawar terkenal kerana sifat menenang dan menyeimbangkan.
- Minyak biji borage membantu menyuburkan dan melembutkan.
Jika anda juga teringin nak tukar pada pembersih soya, dapatkan di Sephora dan Fresh Mid Valley Boutique pada harga 50ml (RM67) dan 150ml (RM177).