Tuesday, April 13, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Sinki Berbau? Tiru Trik Di TikTok Guna Ais Dan Sabun Untuk Cuci

by Sofie Azizlan
March 17, 2021
Foto - @royce_renovations (TikTok)

Foto - @royce_renovations (TikTok)

9
SHARES
94
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak sinki pelupusan sampah di rumah kamu berbau sangat busuk?

Sinki pelupusan sampah memang boleh keluarkan bau yang sangat busuk jika tidak dibersihkan secara berkala atau tidak dibersihkan dengan betul.

Untuk kamu yang ingin cuba hilangkan bau busuk ini, cuba ikuti trik di TikTok ini. Tidak menggunakan sebarang bajet, hanya dua bahan sahaja di dapur.

Guna 2 bahan ini, memang hilang terus bau busuk!

Menerusi perkongsian oleh seorang pengubahsuai rumah di TikTok, trik yang mudah ini sangat mudah dilakukan oleh setiap individu yang ingin bersihkan sinki pelupusan mereka.

@royce_renovations

🔥 👍 Your sink stinks!? Fixing this is SO EASY! #diy #clean #tips #foryou #satisfying

♬ Steven Universe – L.Dre

Hanya gunakan dua bahan sahaja iaitu ketulan ais dan sabun pencuci pinggan untuk bersihkan dan hilangkan bau busuk seperti sebelum ini.

Untuk hilangkan bau busuk dan bersihkan sinki pelupusan sampah kamu, hanya ikuti beberapa langkah ini sahaja:

IKLAN

Foto – @royce_renovations (TikTok)
  • Langkah 1: Tarik keluar penutup getah di lubang sinki dan bersihkannya dengan merendam di dalam air dan sabun pencuci pinggan.
  • Langkah 2: Kemudian di sinki pelupusan sampah pula, tuangkan ais ke dalam lubang pelupusan sampah dan sedikit sabun pencuci pinggan.
Foto – @royce_renovations (TikTok)
  • Langkah 3: Tutup lubang pelupusan sampah dan tekan suis untuk memastikan bilah pelupusan sampah bergerak.
  • Langkah 4: Tuangkan sedikit serbuk pembersih serbaguna dan pengilat ke dalam sinki.
  • Langkah 5: Sental sinki dan siramkan dengan air dan bersihkan untuk nampakkan sinki kamu seperti baru dan berkilat.
Foto – @royce_renovations (TikTok)

Lakukan trik ini tiga kali setahun

Untuk pengetahuan kamu, trik ini memang berkesan dan menyelamatkan wang kamu daripada memanggil tukang paip untuk bersihkannya.

Pada masa yang sama untuk elakkan daripada sinki berbau, kamu perlu mengulangi trik ini sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam masa setahun.

Selain membersihkan, penggunaan ais di dalam trik ini adalah bertujuan untuk menajamkan kembali bilah pisau dalam sinki pelupusan sampah.

Dari mana bau busuk itu datang?

Sekiranya kamu tertanya-tanya dari mana datangnya bau busuk itu walaupun sinki sudah dibersihkan, sebenarnya ia berpunca daripada penutup getah.

Penutup getah sebenarnya menyerap bau-bau dari semasa ke semasa kerana ia mempunyai ruang-ruang bagi pengaliran air atau sisa makanan.

Foto – @royce_renovations (TikTok)

Jika kamu melihat penutup getah sinki kamu sudah pecah atau rosak, gantikan dengan segera dan jangan guna sehingga ia hancur.

Melihatkan trik ini di TikTok, pakar pembersihan Clean MySpace, Melissa Maker telah mempersetujui dan meluluskan untuk orang ramai mengamalkannya.

Ingat kalau nak sinki pelupusan sampah kamu sentiasa bersih dan tidak berbau, elakkan daripada membuang barang-barang seperti kulit telur atau kulit kentang di sinki.

Sebagai ganti, buang barang-barang ini ke dalam tong sampah. Selamat mencuba!

RUJUKAN

Tags: sinki berbausinki pelupusan sampahsinki pelupusan sampah berbautrik cuci sinkitrik cuci sinki pelupusan sampahtrik cuci sinki tiktoktrik tiktok
Share4Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Sopan Dan Manis Fesyen Dr. Ruhila, Permata Hati Puan Sri Normala Samsudin

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

Cari Juadah Berbuka, Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Jarang Berlaku, Wanita Dedah Tumbuh Satu Payudara Sahaja

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.