Saturday, April 24, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Fesyen

Fesyen ‘Off-Shoulder’, Suntikan Vaksin Makin Popular

by Mas Idayu
March 17, 2021
Foto - New York Times/Pinterest

Foto - New York Times/Pinterest

28
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kini hampir seluruh negara telah menerima bekalan vaksin Covid-19, dan kerajaan negara masing-masing telah mengeluarkan pelan pengagihan suntikan vaksin kepada rakyat dan ini termasuklah negara Malaysia.

Rata-rata rakyat di luar negara yang telah diberi notis pemberitahuan untuk suntikan vaksin, mula menggayakan fesyen yang mesra suntikan vaksin iaitu fesyen ‘off-shoulder’.

Rimas Kena Singsing Lengan Baju

Foto – USA Today/The New York Times

Idea ini tercetus bila mana ramai wanita berasa rimas dan tidak selesa, kerana terpaksa menyingsing lengan baju sewaktu menerima suntikan vaksin di hospital.

Foto - Cyprus Mail

Jururawat Amerika Syarikat Tak Sangka Positif Covid-19 Selepas Cucuk Vaksin

December 31, 2020
Foto - Forbes

Pekerja Kesihatan U.S Dapat Alahan Teruk Guna Vaksin Covid-19 Pfizer

December 18, 2020

Setiap wanita pastinya ingin kelihatan cantik dan bergaya hatta di depan jururawat dan doktor sekalipun, kaum wanita sangat menitikberatkan penampilan diri mereka.

Oleh itu, ramai yang memilih fesyen off-shoulder adalah idea terbaik di samping dapat bergaya dan menjaga imej serta penampilan diri.

Fesyen Off-Shoulder, Bergaya Sambil Terima Suntikan

Foto – Pinterest

Tambahan lagi, pemakaian fesyen sebegini membuatkan wanita lebih banyak pilihan dalam bergaya disamping menanti mesej suntikan vaksin.

Dengan fesyen seperti ini wanita akan rasa lebih selesa, tidak perlu risau pakaian berkedut, dan paling penting masih kelihatan bergaya walaupun terpaksa menahan sakit dicucuk jarum suntikan vaksin!

Fesyen Mesra Suntikan Vaksin Dan Frontliner

Foto – The Star

Fenomena fesyen off-shoulder ini pastinya menjadi fesyen kesukaan ramai wanita, dan ini termasuklah frontliner sendiri.

Kerana petugas perubatan tidak perlu menunggu lama, atau membazir masa menanti penerima vaksin menyingsing lengan pakaian mereka.

IKLAN

Fesyen yang mesra suntikan vaksin ini, pastinya akan melancarkan proses pemberian suntikan vaksin dengan cepat dan berkesan.

Kompilasi Fesyen Off Shoulder Yang Menarik

Ini antara fesyen-fesyen pilihan wanita di seluruh dunia, tatkala ingin menggayakan fesyen off-shoulder yang mesra suntikan vaksin Covid-19 yang menarik perhatian.

Kelihatan Ayu Dengan Blouse Bunga-Bungaan

Foto – Pinterest

Serlahkan Aura Chic Dengan Blouse Polka-Dot Dan Strip-Line

Foto – Pinterest

Jumpsuit Serlahkan Karisma Diri

Foto – Pinterest

Siapa Kata Gaun Off-Shoulder Tak Cantik?

Foto – Pinterest

Tampil Santai Dengan Oversize Top

Foto – Pinterest

Menarik bukan fesyen seperti ini, mungkin wanita di Malaysia juga boleh tiru penggayaan fesyen seperti ini. Selamat beramal♥

Tags: fesyen mesra frontlinerfesyen mesra suntikan vaksinfesyen off-shoulderidea wanitaSuntikan Vaksin Covid-19
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Kenapa Ada Orang Lepas Makan Terus Rasa Nak Buang Air Besar?

Wanita Jepun Ini Dedah Minum Teh Pisang Rahsia Anti-Penuaan

Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya

Mari Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Menghias Rumah

Selain Hilangkan Mata Panda, Ini Bagusnya Letak Eye Patch

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.