Sunday, April 11, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Bahaya Ikut, Ini Antara Diet Selebriti Yang ‘Tak Masuk Akal’

by Sofie Azizlan
March 17, 2021
Foto - Vanity Cask / The Hornet

Foto - Vanity Cask / The Hornet

13
SHARES
132
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Tak dinafikan, apa sahaja berkaitan dengan diet selebriti pasti akan menjadi ikutan ramai peminat mereka.

Untuk kekalkan berat badan ideal dan bentuk badan yang ideal, kebanyakan selebriti telah mengambil langkah yang drastik.

Sebagai individu biasa, ada beberapa diet yang tidak sesuai untuk menjadi ikutan kamu terutamanya dalam rutin kehidupan seharian.

Diklasifikasikan sebagai bahaya, ini adalah beberapa jenis diet yang tidak patut diikut dan diamalkan.

6:1 Diet 

Menurut Chris Martin, 6:1 Diet ini berkesan untuk dirinya. Pada masa yang sama, diet ini juga membantu dirinya kembangkan kreativiti dan jadikan suaranya lebih baik.

Foto – Pinterest

Diet ini dipanggil sebagai 6:1 kerana 6 hari kamu boleh makan seperti biasa, manakala sehari lagi kamu akan puasa.

Apabila kamu amalkan diet ini, ia akan memberi kesan kejutan kepada badan dan membuatkan badan tidak dapat berfungsi seperti kebiasaan. Seperti contoh, kamu akan sering jadi letih dan tidak fokus.

Teatox Diet

Memang popular jenis diet ini, iaitu pengamalnya minum teh detox atau teh diet untuk membuang toksin, baiki kulit dan turunkan berat badan.

Foto – Life Span / The Hornet

Menurut pakar, diet jenis ini boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Ini kerana ia mengandungi kafein yang berlebihan dari guarana atau yerba mate yang merupakan sejenis tumbuhan.

Selain itu, teh diet ini juga mengandungi bahan diuretik seperti tumbuhan. Dan ia sebenarnya tidak selamat untuk diambil lebih daripada sekali dalam masa seminggu tanpa pengawasan.

Alkaline Diet

Untuk pengetahuan kamu, Alkaline Diet merupakan diet yang menukarkan makanan yang membentuk asid seperti daging, ikan dan tenusu kepada makanan berakali seperti buah-buahan, kekacang dan sayur.

IKLAN

Foto – Pinterest

Diet ini sebenarnya tidak patut diamalkan kerana ia akan mengelirukan badan kamu dan mengubah tahap pH badan dengan makanan.

Target pH badan yang menjadi target pengamal diet ini adalah di antara 7.35 sehingga 7.45.

Baby Food Diet 

Pernah menjadi ikutan beberapa selebriti seperti Lady Gaga dan Jennifer Aniston, diet ini hanya dilakukan ketika sarapan pagi dan tengah hari.

Foto – Vanity Cask / Pinterest

Baby Food Diet ini akan membuatkan kamu mengambil sebanyak 10 balang sehingga 15 balang untuk setiap kali waktu makan. Dan untuk makan malam, kamu akan mengambil makanan yang sihat.

Walaupun ianya sihat dan berkesan turunkan berat badan dalam jangka masa pendek. Tetapi dalam jangka masa panjang ia akan menaikkan berat badan kamu seperti biasa.

Clean Eating Diet

Dengar nama sahaja sudah tahu betapa ketatnya jenis diet ini. Hanya membenarkan pengamalnya mengambil makanan yang ‘segar’ dan makanan asas sahaja.

Foto – Green Healthy Cooking

Menurut pakar, memang bagus untuk makan makanan segar dan hijau setiap hari. Tetapi jika kamu amalkan sebagai diet harian, ia sebenarnya tidak bagus.

Diet ini mempunyai kecenderungan untuk buatkan seseorang individu itu menghidapi Orthorexia Nervosa. Di mana ‘penyakit’ ini akan buatkan seseorang itu obses dengan makanan pilihannya sahaja dan tidak mengambil nutrisi yang lain.

Master Cleanse Diet

Beyonce pernah mendedahkan rahsianya untuk kekal langsing, dia telah melakukan Master Cleanse Diet.

Foto – The Cookie Rookie / Pinterest

Di mana diet ini tidak boleh mengambil sebarang makanan pejal. Malah ia digantikan dengan minuman campuran seperti jus lemon, serbuk cayenne dan sirap maple gred B sebanyak 9 kali sehari.

Untuk pengetahuan kamu, tak salah untuk jadikan diet selebriti sebagai ikutan kamu. Tetapi pastikan kamu mendapat nasihat dan kelulusan daripada pakar atau doktor.

Nak diet boleh, tetapi jangan sampai badan dan kesihatan kamu terseksa. Selamat beramal ♥

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: cara diet selebriti bahayadiet bahayadiet bahaya selebritidiet selebritiselebriti diettrik diet bahayatrik diet selebrititrik diet selebriti bahaya
Share5Tweet3Send

ARTIKELTERKINI

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Puasa Nak Dekat Tapi Selalu Sakit Kepala, Apa Nak Buat?

Kulit Jadi Merengsa Lepas Pakai Bra, Ini Mungkin Penyebabnya

5 Kedai Online Tawar Busana Raya Murah Dan Berbaloi Kamu Pakai

Nak Terawih Nanti, Putihkan Telekung Yang Kekuningan Dengan Cara Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.