“Aduh sakitnya bisul naik dekat punggung. Macam mana nak hilangkan?”
Orang dulu-dulu percaya, bisul di punggung disebabkan perbuatan kita yang duduk atas bantal. Tapi sebenarnya ia sekadar satu pantang larang dicipta untuk membuat orang takut serta tidak lagi melakukan. Bantal untuk kepala bukannya letak di punggung.
Kenapa naik bisul di punggung? Ia disebabkan oleh jangkitan.
Bisul Di Punggung Kerana Jangkitan
Ia berpunca daripada jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria. Keadaan ini akan menyebabkan timbulnya ketulan kecil dan teras berwarna kemerahan yang dipenuhi dengan nanah di dalamnya.
- Foto – Healhtline
Nama bakteria staphylococcus aureus menjadi penyebabkan kepada bisul di punggung. Bakteria ini boleh hidup di dalam kulit terutamanya kawasan kulit yang selalu berpeluh, merekah serta mempunyai bulu.
Nampak macam biasa tapi bisul di punggung sangat menyakitkan dan anda harus peka akan kebersihan diri.
Sebab Timbulnya Bisul Di Punggung
Seperti yang dijelaskan di atas, timbulnya bisul kerana bakteria istimewa ini hidup di kawasan kulit yang berpeluh, merekah dan berbulu.
Faktor yang meningkatkan risiko bisol, boleh jadi seperti:
- Merupakan pembawa bakteria, maksudnya mempunyai bakteria ini pada kulit
- Menghidap ekzema
- Mempunyai kontak rapat dengan penderita bisul
- Menghidap diabetes mellitus
- Mengalami anemia akibat kekurangan zat besi
- Mengalami luka kecil pada kulit
- Menghisap rokok tembakau
- Mempunyai sistem imun yang lemah
Bagaimana Nak Rawat Bisul
Terdapat banyak pilihan rawatan untuk bisul. Walau bagaimanapun, adalah mustahak untuk mengelakkan diri dari menyentuh atau mengopek bisul. Jangkitan boleh merebak ke bahagian badan lain dan mengakibatkan komplikasi.
Rawatan rumah
- Kompres panas
- Ubat homeopati, seperti arnica, silica, atau sulfur
- Makanan seimbang yang merangkumi nutrien seperti vitamin C
- Foto – InsideHook
Ubat oral dan topikal
Ubat oral dan topical untuk mencegah bisul daripada terjadi atau merebak:
- Antibiotik oral dan topikal
- Antiseptik topikal
- Sabun antibakteria
- Pembersih tangan
Ubah gaya hidup
- Tidak menyentuh atau mengopek bisul
- Basuh pakaian dan tuala anda secara berasingan untuk elak penyebaran jangkitan
- Tukar radar setiap hari dan membasuhnya
- Mandi dengan kerap
- Menjaga kebersihan rumah
- Elak dari pergi gimnasium, kolam renang, dan pusat sukan
- Elak merokok
- Makan makanan yang sihat
- Kawal berat badan untuk elak kulit merekah
- Foto – Cleaning Equipment
Jika keadaan bisul melarat, segera berjumpa doktor untuk merawatnya sebelum terjadinya komplikasi lain. Ada beberapa kes, bila bisul terlalu besar dan teruk tidak boleh sembuh dengan pengambilan ubatan mahupun sembuh secara sendiri.
Jumpa doktor adalah yang terbaik. Selamat beramal!