Bila tengok sahaja K-Drama mahupun variety shows, mesti secara automatik akan jadi terliur dan teringin dengan makanan Korea.
Sudah tak macam dulu, nak cari makanan Korea di Malaysia sekarang senang sahaja. Merata-rata tempat sudah ada dan yang penting halal.
Bagi pembaca yang berada di sekitar Lembah Klang yang teringin makan makanan Korea, cuba kamu pergi ke beberapa restoran popular ini. Memang tak kecewalah!
Seoul Garden
Menyediakan hidangan 2 dalam 1, Seoul Garden satu-satunya tempat yang membolehkan kamu menikmati makanan berpanggang dan sup pilihan dalam satu masa.
Terkenal dengan perapan yang terbaik sama ada daging, kambing, ayam mahupun makanan laut, memang tak rugilah makan dekat sini.
Disediakan secara buffet, banyak pilihan makanan yang boleh dipilih. Kamu juga boleh sepuas-puasnya dan pastikan keluar dalam keadaan yang kenyang!
Lokasi: Melawati Mall, Paradigm Mall, Sunway Pyramid, 1 Utama [Senarai Lokasi Lain]
Waktu: 10:00 pagi -10:00 malam (Waktu atau perkhidmatan mungkin berbeza di setiap lokasi)
Dookki Malaysia
Kamu sangat sukakan tteokbokki atau dikenali sebagai kek beras? Tengok dalam drama, memang nampak sedap sangat rasanya!
Jika kamu mahu mencuba pengalaman makan tteokbokki yang sedap, apa kata kamu kunjungi Dookki Malaysia.
Ada pelbagai jenis kek beras yang dibawa khas daripada Korea Selatan, kamu boleh nikmati hidangan tteokbokki dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura dan pelbagai makanan lain.
Dan sekiranya kamu peminat makanan pedas, kamu boleh request tahap kepedasan tteokbokki pada pelayan.
Lokasi: L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya
Waktu: 11:30 pagi – 10:00 malam
Sweetree Restaurant
Tekak teringin nak makan dakgalbi, BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng Korea dan sebagainya? Cuba kamu pergi ke Sweetree Restaurant.
Sebut sahaja apa yang kamu teringin nak makan, semuanya ada di sini. Selain daripada makanan Korea, kamu juga boleh mencuba beberapa makanan lain seperti pasta, kentang goreng mahupun Vietnamese wrap.
Lokasi: Lot 13 L1, L2 & Lot 12 L1, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
Waktu: 11:30 pagi – 9:00 malam
SeoulNami Korean BBQ
Terletak di Garden Mall, SeoulNami Korean BBQ menawarkan on-table grill Korean BBQ yang sangat sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan kecil mahupun besar.
Menu terkenal mereka adalah Chuncheon Chicken BBQ iaitu potongan ayam lembut yang terdapat dalam 4 jenis perisa dari spicy hot pepper sehingga sweet honey butter.
Lokasi: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Waktu: 11:00 pagi – 10:30 malam
Eid Authentic Korean Cuisine
Bagi kamu yang tak tahu, Eid Authentic Korean Cuisine merupakan restoran halal yang dibuka oleh pasangan suami isteri Muslim Korea.
Menghidangkan pelbagai jenis menu yang menarik dan khas dari Korea, beberapa menu seperi bibimbap, bebola nasi kimchi, dan bulgogi pedas menjadi pilihan pelanggan tempatan.
Nak datang sini, pastikan kamu datang secara berkumpulan supaya kamu boleh mencuba kesemua makanan yang disediakan di sini .
Lokasi: 8-19-01, Jalan Medan Pb 7A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Waktu: 12:00 tengah hari – 10:00 malam
Gangnam Station Restaurant
Kamu berada di Shah Alam dan teringin makan makanan Korea? Cuba kunjungi Gangnam Station Restaurant.
Pelbagai jenis menu dan mempunyai pekerja yang mesra, ramai pelanggan datang untuk mencuba menu berasaskan nasi dan mee. Salah satu makanan yang popular di sini adalah bulgogi.
Lokasi: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu: 11:30 pagi – 10:30 malam
Lepas ini kalau teringin sahaja makanan Korea, serbu salah satu restoran popular ini di Lembah Klang. Harga yang berpatutan dan paling penting memang feeling macam makan di Korea.