Tuesday, April 13, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Unagi : Rasa Dan Khasiat Tersembunyi Belut Jepun Baik Untuk Wanita

by Malisa Aina
March 18, 2021
Foto - Asian Inspirations

Foto - Asian Inspirations

7
SHARES
72
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau kamu peminat makanan Jepun, mesti dah biasa dengan unagi.

Info baru unagi adalah belut Jepun, bahagian penting dalam masakan Jepun dan cukup sedap apabila diasinkan dan dipanggang. Ia juga merupakan ikan yang sangat berkhasiat, dan manfaat kesihatan unagi sangat banyak.

Kebanyakan sushi roll mengandungi bahan yang disebut ‘unagi’. Walaupun ia menyerupai ular kerana panjangnya tetapi ia adalah sejenis ikan dan rasanya sedap.

Apa Rasa Unagi?

Jika anda pernah makan unagi, rasanya agak manis dan sedikit kenyal, yang mengingatkan pada salmon mentah. Ada juga orang mengatakan rasanya lebih menyerupai ikan keli.

Unagi lebih enak apabila disajikan dengan perasa atau sos. Belut Jepun menyerap rasa dari pelbagai sos yang ditaburkan atau disajikan bersama. Sos belut, khususnya, adalah perasa yang popular. Sos belut agak thick, sedap dan manis.

Foto – Japan Guide

Rasanya juga dipengaruhi oleh bagaimana belut disedia dan dihidangkan. Panggang, bakar atau goreng adalah penyediaan biasa untuk unagi.

Tahukah, di Jepun, belut adalah bahagian penting dalam masakan budaya, sehinggakan mereka mempunyai hari yang dikhaskan untuk unagi.

Manfaat Kesihatan Unagi

Manfaat belut Jepun cukup banyak. Kenyataan bahawa orang Jepun memakan belut mungkin antara salah satu sebab negara Jepun paling sihat dan panjang usia.

IKLAN

Belut mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk vitamin A, D, E, B1, B2, B12 dan phosphorous.

Foto – Savor Japan

Mineral ini sangat penting untuk kesihatan kerana membantu menyeimbangkan tahap pH tubuh, meningkatkan pencernaan dan metabolisme, dan membolehkan tubuh menyerap nutrien dengan lebih baik.

Unagi juga tinggi omega 3. Ia membantu meningkatkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan mengurangkan diabetes dan artritis.

Belut Jepun juga terdapat manfaat kesihatan yang lebih khusus untuk wanita. Ini termasuk:

  • Mengurangkan sakit haid
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan kesihatan kulit
  • Melambatkan pertumbuhan tumor
  • Mengurangkan risiko barah payudara
  • Meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan pembelajaran, dan mengurangkan risiko demensia
Foto – To Food With Love

Lain kali kalau lihat belut pada menu, apa kata mencubanya. Barulah feel macam orang Jepun.

Kalau dekat negara kita, belut tidak hanya dipanggang, ada yang buat sup, asam pedas, goreng Thai dan macam-macam lagi dipelbagaikan. Belut disediakan macam ikan lain.

Selamat Mencuba!

Tags: belut jepunikan belutkhasiat ikan belutmanfaat kesihatan ikan belutrasa belutrasa unagiunagiunagi jepun
Share3Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Sopan Dan Manis Fesyen Dr. Ruhila, Permata Hati Puan Sri Normala Samsudin

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

Cari Juadah Berbuka, Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Jarang Berlaku, Wanita Dedah Tumbuh Satu Payudara Sahaja

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.