Siapa sangka kunci yang ada pada diri, tak kiralah kunci kereta, moto atau kunci rumah sekalipun ia mampu menyelamatkan nyawa tatkala dalam situasi terdesak.
Tips lindungi diri dengan menggunakan kunci ini, dikongsikan oleh seorang jurumekap yang juga merupakan pengguna Tiktok.
Dan menerusi akaun Tiktoknya @faesfx, wanita ini berkongsi cara bagaimana dengan menggunakan kunci boleh menyelamatkan diri dari penyerang.
@faesfx Stay safe #fyp #saraheverard #reclaimthesestreets
Guna Teknik Hammer
- Foto – Tiktok @faesfx
Dipetik dari Bored Panda, pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Fae ini berkongsi bagaimana nak gunakan kunci sebagai pelindung diri.
Fae menyatakan teknik menggunakan kunci bagi melindungi diri ini dinamakan sebagai teknik hammer, kaedah menukul ini boleh membantu melepaskan diri dalam situasi getir jika digunakan dengan betul.
Cara Pegang Kunci Kena Betul
- Foto – Tiktok @faesfx
Menurut Fae, cara pegang kunci hendaklah dipegang dengan betul barulah kamu dapat melepaskan diri dari penyerang tersebut.
Selain itu, ukuran panjang atau pendek kunci tidak menjadi masalah semasa mempertahankan diri jika kamu memegang kunci dengan betul.
Demonstrasi Penting Bagi Mempertahankan Diri
- Foto – WikiHow/Tiktok @faesfx
Biasanya penyerang akan menyerang mangsa dari belakang dengan memeluk tengkuk dan bahu, semasa dalam pergelutan itu cuba capai kunci dari beg atau poket kamu dan cuba menikam penyerang seperti yang didemonstrasi.
- Foto – Tiktok @faesfx
Dengan menggenggam kunci dengan kuat dan kemudian tusuk paha atau bahagian intim penyerang dengan menggunakan kunci (seperti yang ditunjukan dalam gambar dan video Tiktok diatas) kamu dapat melepaskan diri.
Guna Kunci Dengan Bijak, Dapat Menyelamatkan Diri
@faesfx Be mindful of what is legal in your country. Model @charlymarion12 #reclaimthesestreets #fyp #saraheverard
Apabila berhadapan dengan situasi getir, wanita perlu bertenang dan berfikir dengan pantas bagi mencari sesuatu yang boleh diguna pakai melepaskan diri dari penyerang.
Dan biasanya kunci adalah salah satu item yang selalu berada dalam beg atau poket kamu, oleh itu gunakan kunci dengan menusuk penyerang dengan menggunakan teknik hammer yang dikongsikan oleh Fae ini untuk menyelamatkan diri.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada wanita bagi mempertahankan diri.