Naik turun mahkamah dan failkan saman baru bukan perkara asing dalam kes perceraian antara Angelina Jolie dan Brad Pitt.
Kedua-dua bintang Hollywood ini telah berperang, sejak Angelina memfailkan saman perceraian ke atas Brad pada tahun 2016.
Fail Saman Baru, Keganasan Rumahtangga
- Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official
Dipetik dari ET Online, pada 12 Mac 2021 baru-baru ini Angelina Jolie telah memfailkan saman baru ke atas Brad Pitt dengan dakwaan melakukan keganasan rumahtangga.
Menurut bintang filem ‘Maleficent’ ini, dirinya akan menyediakan bukti dan sokongan pihak berkuasa bagi mengukuhkan fail saman yang dibuatnya.
Keterangan Anak Jadi Bukti?
- Foto – Pop Sugar
Dimaklumkan bahawa tuduhan baharu ini, akan melibatkan keterangan dari anak-anak kedua-dua bintang Hollywood ini.
Menurut Fox News, Angelina dan keenam-enam mereka iaitu Maddox 19 tahun, Pax 17 tahun, Zahara 16 tahun, Shiloh 14 tahun dan kembar Knox Vivienne 12 tahun akan memberi keterangan semasa perbicaraan akan datang.
5 Tahun Naik Turun Mahkamah
- Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official
Sejak kes fail saman perceraian dilakukan pada tahun 2016 sehinggalah ke hari ini, hampir lima tahun lebih kedua-dua pelakon hebat ini naik turun mahkamah.
Pasangan yang dahulunya sangat dicemburui ramai, kini berperang habis-habisan di mahkamah dan sepertinya kes ini akan berlanjutan.
Tuduhan Tidak Berasas Lagi?
- Foto – Instagram @bradpittofficial/@angelinajolie_official
Pada tahun bulan November 2016, Angelina telah memfailkan saman keatas Brad Pitt dengan dakwaan telah melakukan penderaan kanak-kanak keatas anak mereka.
Tetapi kes itu kemudian ditutup selepas penyiasatan dilakukan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan juga Jabatan Perkhidmatan Keluarga Dan Anak tidak menemui sebarang bukti terhadap tuduhan tersebut.
Dan kini Angelina kembali menfailkan saman baru dengan tuduhan keganasan rumahtangga, buat masa sekarang pihak mahkamah masih dalam proses untuk perbicaraaan terhadap dakwaan baharu ini.
Kemelut Hak Penjagaan Anak Dan Harta Sepencarian?
- Foto – Fox News
Melihat kemelut perceraian yang melanda kedua-dua aktor ternama ini, rata-rata netizen menyatakan ini bukan saja berkait dengan isu hak penjagaan anak tetapi ianya termasuk isu harta sepencarian.
Semoga kedua-dua aktor ini dapat selesaikan kes ini dengan segera, kerana yang menjadi mangsa adalah anak-anak mereka.