Langsung tak bersenam buat kamu makin lemah, terlebih senam pun ada buruknya.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan kecederaan, keletihan, kemurungan. Ia juga boleh menyebabkan kecederaan fizikal yang berpanjangan. Kalenjar adrenal anda, yang mengeluarkan hormon menghasilkan begitu banyak kortisol dalam satu masa.
Kajian baru oleh penyelidik daripada Monash University di Melbourne, Australia mendapati, melakukan senaman melampau mampu menyebabkan penyakit sepsis.
Senam Berlebihan Boleh Menyebabkan Sepsis
Tubuh biasanya melepaskan bahan kimia ke dalam liran darah untuk melawan jangkitan. Sepsis berlaku apabila tindak balas terhadap bahan kimia ini tidak seimbang malah berlebihan, sehingga mencetuskan perubahan yang boleh merosakkan banyak sistem organ.
- Foto – Thrive Global
Ini boleh menyebabkan pembekuan dan pembuluh darah yang bocor, mengganggu aliran darah dan mencegah organ tubuh daripada menerima oksigen dan nutrien yang diperlukan.
Keadaan kesihatan ini berpotensi mengancam nyawa disebabkan oleh tindak balas sistem imun terhadap jangkitan.
Kaitan Sepsis Dan Senaman
Menurut Dr. Ricardo Costa, Department of Nutrition and Dietetics at Monash, bersenam lebih dari 4 jam dalam satu sesi dianggap ekstrem, seperti melakukan latihan ketahanan yang berulang-ulang.
Amalan ini biasa berlaku di kalangan mereka yang mengambil bahagian dalam sukan ekstrem contohnya maraton, di mana mereka berlatih dalam keadaan musim panas, dan memberi tekanan pada badan.
- Foto – WebMD
Simptom-simptom sepsis termasuk:
- Demam melebihan 38ºC atau suhu di bawah 36ºC
- Degupan jantung lebih tinggi daripada 90 denyutan seminit
- Kadar pernafasan lebih tinggi daripada 20 nafas seminit
- Kemungkinan mendapat jangkitan
Sepsis yang teruk berlaku apabila terdapat kegagalan organ. Antara tanda-tanda berikut:
- Tompokan kulit yang berubah warna
- Air kencing berkurang
- Perubahan mental
- Bilangan platelet rendah
- Masalah pernafasan
- Fungsi jantung yang tidak normal
- Menggigil kerana suhu badan jatuh
- Kepenatan melampau
- Foto – Fitness
Penyelidikan sekali lagi menunjukkan bahawa bersenam secara melampau juga boleh menjadi faktor risiko untuk kondisi tersebut. Bila sistem imun terlebih bekerja, ia akan memberi kesan pada organ lain.
Physical Activity Guidelines mengesyorkan orang dewasa bersenam sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti senaman berintensiti sederhana atau 75 minit aktiviti berintensiti tinggi setiap minggu.
Jadi, hati-hati dan sentiasa beringat!