Kes mengenai telur rosak kini sedang tersebar meluas di platform media sosial, apatah lagi pihak berkuasa dan pakar kesihatan juga telah menegah orang ramai agar berhati-hati tidak memakan telur yang sudah rosak.
Banyak kesannya jika memakan telur rosak atau yang dah tamat tempoh ini, di sebabkan itulah pakar kesihatan menegah sekeras-kerasnya agar orang ramai tidak memandang remeh terhadap isu ini.
Jika tidak mengambil serius dan masih berani memakan telur yang dah tamat tempoh ataupun rosak, maka nyawa boleh jadi taruhannya.
Kesan Makan Telur Rosak Dan Tamat Tempoh
- Foto – Pinterest
Kesan memakan telur yang sudah rosak dan tamat tempoh akan memberi mudarat pada kesihatan diri dan keluarga, ianya perlu di pandang serius apatah lagi memakan telur rosak ini akan membuatkan diri kamu:
- Mengalami cirit-birit
- Sakit perut berpanjangan
- Deman
- Muntah dan loya
- Serta boleh menyebabkan kematian
Telur yang sudah rosak biasanya tercemar dengan pelbagai jenis bakteria khususnya bakteria salmonella, yang boleh menjejaskan kesihatan dalaman.
Kenali Tanda-Tanda Telur Rosak
Menerusi perkongsian di laman Facebok Public Health Malaysia, terdapat tujuh tanda yang boleh orang ramai kenalpasti telur yang sudah rosak dan tamat tempoh.
- Kulit telur berdebu, menunjukan pembentukan kulat
- Keluar bau hanyir dan busuk
- Lihat di bekas telur sudah melebihi tarikh tamat tempoh
- Apabila pecahkan telur, warna putih telur berubah
- Kulit telur berlendir, menunjukkan terdapat kuman dan bakteria
- Telur terapung di atas air, menunjukan telur tersebut telah lama
- Dan terakhir adalah kulit telur menjadi retak
- Foto – Pinterest
Orang ramai perlu beri perhatian terdapat tanda-tanda ini dan elakkan dari memakan telur yang sudah rosak ini, dan jangan hanya kerana rasa sayang serta tidak ingin membazir kamu masak dan makan juga telur tersebut.
Bahana yang menimpa diri bukan sedikit kesannya, nyawa boleh jadi galang ganti jika tidak berhati-hati. Diharap perkongsian ini dapat beri sedikit pencerahan kepada semua.
Selamat beramal♥
Sumber: Facebook Public Health Malaysia