Tak pernah terlepas dari sebarang kontroversi, kini aktres Priyanka Chopra sekali lagi menjadi sasaran netizen.
Menerusi program Super Soul Sunday bersama Oprah Winfrey, Priyanka telah mengulas mengenai agama di India yang pelbagai.
Tindakannya itu telah mencetuskan ‘kemarahan’ dalam kalangan penonton terutamanya peminat disebabkan oleh perkongsiannya itu.
Kongsi Ada Pelbagai Jenis Agama Di India
Semasa program tersebut, Priyanka telah berkongsi mengenai pandangan agamanya dan bagaimana dia dibesarkan dalam suasana sekular di mana India mempunyai pelbagai jenis agama.
“Saya dibesarkan di sekolah convent. Saya menyedari tentang agama Kristian. Ayah saya pernah menyanyi di masjid jadi saya sedar sedar dan tahu mengenai Islam. Saya juga dibesarkan dalam keluarga Hindu dan saya menyedari perkara itu.”
Membincangkan mengenai agama dan spiritualnya di India, Priyanka mengatakan kerohanian merupakan sebahagian besar dalam hidup setiap penduduk di India yang tidak boleh diabaikan.
Aktres tersebut juga mengatakan mendiang bapanya memberitahu dan mengajar dirinya bahawa semua agama adalah jalan menuju Tuhan yang sama.
Mengaku Dirinya Tahu Mengenai Islam
Perkongsian mengenai dirinya tahu akan kepelbagaian agama di India, ramai yang mengatakan sebenarnya aktres ini tidak mempunyai pengetahuan yang jelas dan mendalam mengenai agama.
Pada masa yang sama, aktres ini mengaku dirinya tahu serba sedikit mengenai agama Islam dan mendiang bapanya pernah menyanyi di dalam masjid, orang ramai mula mempersoalkan tindakannya.
Mencetuskan persoalan di dalam kalangan orang ramai terutamanya Muslim, perbuatan menyanyi sebenarnya tidak boleh dilakukan sama sekali dan berkemungkinan aktresini keliru mengenai masjid dan darqah.
Netizen Jadi ‘Berang’ Dengan Perkongsiannya
Pernyataan yang dikongsi oleh aktres tersebut tidak sesuai untuk dikongsi dalam mana-mana program kerana boleh menimbulkan kemarahan penonton di media sosial.
Netizen mengatakan Priyanka tidak menghormati agama Islam kerana ramai yang tahu di dalam masjid tidak boleh menyanyi.
@priyankachopra called herself a leader of peace ✌🏻 and talking about humanity even she’s a member of @UNICEF she said in @Oprah interview that her Dad used to sing in the Mosque🕌even non-region people know that you can’t sing in the mosque it’s disrespectful towards Islam ☪️ pic.twitter.com/I0Dakept79
— adeel bhatti..🐼 (@AdeelBh84917121) March 21, 2021
Mosque ain't no place for singing genius..#PriyankaChopra
— داڑھی والا (@itshassanoky) March 22, 2021
You said you are aware about islam so which mosque your dad use to sing…coz people go to mosque to pray and not sing…don't say if you aren't aware about anybody's religion
— Reynatejani (@reynatejani) March 21, 2021
Ada yang mengatakan aktres ini sebenarnya keliru mengenai masjid dan darqah.
It may be a bit hard to make the distinction between a mosque and dargah on a common American TV program. Here's singing at the dargah of Nizamuddin Auliya. To try to malign someone for that, in wrong spelling, is ignorant or worse. @priyankachopra https://t.co/1tDGJQr88J
— Sourav Bhunia (@SouravKBhunia) March 21, 2021
https://twitter.com/ArhaanMaalik/status/1373782537424662528
https://twitter.com/sangeeta_tyagi/status/1373732420348833793
@priyankachopra Yr father used to sing at Dargah or mosque? In Islam, no kafir(non believer in Allah) can perform anything in mosque without converting.
So U guys r converted?@Oprah @SuperSoulSunday @discoveryplus @OpIndia_com @AchAnkurArya @RahulAary https://t.co/7rkBM4czGQ— Patriot (@onkarsingh_os) March 21, 2021
Bagi Wanista, lebih baik berdiam daripada cuba berkongsi pandangan atau pengetahuan mengenai agama lain. Bukan apa, kalau tersalah kongsi boleh menimbulkan huru-hara.