Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Sangat Popular, 6 Warna Lipstick Ini Jadi Pilihan Ramai Wanita

by Sofie Azizlan
March 22, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
SHARES
118
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Cuba tengok balik simpanan koleksi lipstick kamu, ada berapa jenis warna dan jumlah semuanya yang ada?

Pasti kamu tahu sekurang-kurangnya seorang wanita perlu ada satu lipstick atau satu jenis warna yang menjadi pilihan untuk digunakan sepanjang masa.

Walaupun di pasaran ada pelbagai jenis warna dijual, tetapi 6 jenis warna ini sering menjadi pilihan utama dan popular dalam kalangan wanita.

Foto - Allure

Warna Gincu Paling Kerap Kamu Pakai Singkap Personaliti Diri

January 29, 2021

Tolong Jangan Pakai Gincu Warna Gelap Masa Keluar Dating!

August 21, 2020

Nak tahu apakah warna tersebut, scroll sampai habis okay?

#1 Warna Berry 

Tak perlu runsing dan risau untuk memilih warna lipstick. Kamu boleh cuba lipstick yang berwarna berry iaitu warna yang sedikit gelap.

Foto – Pinterest

Warna lipstick ini sangat sesuai untuk dipakai oleh setiap jenis warna kulit tanpa ragu-ragu. Dan warnanya juga sesuai untuk wanita yang mahu tampil seksi dan nampak mewah.

Pada masa yang sama, warna berry ini boleh dikatakan paling banyak dijual di pasaran, tidak kira apa jenama sekalipun.

BELI: 

  • REVLON Super Lustrous Lipstick (Kod: 510 Berry Rich) – RM 28.38
  • MILANI Classic Color Statement Lipstick (Kod: 17) – RM 34.35
Foto – Watsons / Guardian

#2 Warna Pink Nude 

Nak tampilkan look yang retro, kamu boleh mencuba warna pink nude. Secara tak langsung kamu boleh menonjolkan sisi yang playful, girly dan feminin.

Foto – L’Oreal Paris

Walaupun warnanya memberikan kesan pucat pada wajah, tetapi kamu boleh tonjolkannya dengan solekan mata yang lebih dramatik.

BELI: 

  • MILANI Amore Satin Matte Lip Creme (Kod: 01) – RM 47.05

  • MAC COSMETICS Matte Lipstick (Kod: Mehr) – RM 84.00

Foto – MAC Cosmetics / Watsons

#3 Warna Pink Fuchsia 

Memang sejenis warna yang lain daripada yang lain dan ikonik!

Foto – Pinterest

Pink Fuchsia merupakan sejenis warna yang cerah, terang dan bold di mana ia membuatkan si penampilan si pemakai lebih terserlah dan glowing.

Bagi wanita yang gemar memakai warna ini, mereka sering dikatakan memiliki personaliti yang kuat dan sangat ceria.

BELI: 

IKLAN

  • SEPHORA COLLECTION Cream Lip Stain (Kod: 90 Sunrise Pink) – RM 49

  • L’Oreal Rouge Signature (Kod: 128) – RM 36.88
Foto – Sephora / Watsons

#4 Warna Merah Dengan Undertone Oren

Menjadi warna always-to-go, tak dinafikan ramai wanita memiliki warna ini dalam koleksi mereka.

Foto – Pinterest

Warna merah dengan undertone oren ini sering menonjolkan sisi yang vintaj di mana ia membuatkan penampilan kamu kelihatan lebih terserlah berbanding yang lain.

Warna lipstick ini juga sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis-majlis atau acara penting.

BELI: 

  • SEPHORA COLLECTION Cream Lip Stain (Kod: 25 Coral Sunset) – RM 49.00

  • MAC COSMETICS Matte Lipstick (Kod: Marrakesh) – RM 84.00

Foto – Sephora

#5 Warna Merah Dengan Undertone Biru 

Memberikan daya tarikan yang klasik, lipstick berwarna merah dengan undertone biru ini sangat sesuai untuk tonjolkan penampilan yang elegan dan bergaya.

Foto – Pinterest

Untuk pengetahuan kamu walaupun warna ini sesuai dipakai oleh setiap jenis warna kulit, ia juga dapat menonjolkan kecerahan gigi kamu iaitu menjadi lebih putih daripada kebiasaannya.

BELI: 

  • URBAN DECAY Vice Lipstick (Kod: 714 Mega Matte) – RM 80.00

  • CLINIQUE Pop Matte Lip Colour + Primer (Kod: Ruby Pop) – RM 88.00

Foto – Sephora

#6 Warna Nude Dengan Sedikit Hint Warna Coklat 

Memang ramai wanita yang gemar memakai lipstick berwarna nude dengan sedikit hint warna coklat. Nampak sangat natural dan warm, ianya sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis solekan.

Foto – Pinterest

Kamu boleh padankan warna ini dengan dengan solekan semula jadi mahupun gaya solekan yang bold. Untuk pengetahuan kamu, warna ini sangat sesuai dipakai oleh setiap jenis warna kulit.

BELI: 

  • SEPHORA COLLECTION Rouge Nude Lipstick (Kod: 01 Just Naked) – RM 52.00

  • FENTY BEAUTY Stunna Lip Paint Longwear Fluid Lip Color (Kod: Unbutton) – RM 122.00

Foto – Sephora

Memang cantik-cantik warna ini, jadi tak hairanlah kenapa wanita memang sukakan warna ini. Antara 6 jenis warna ini, warna yang manakah kamu ada?

Tags: warna lipstickwarna lipstick kegemaran wanitawarna lipstick popularwarna lipstick popular 2021
Share5Tweet3Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.