Nutrisi yang diperlukan kanak-kanak bergantung kepada usia, jantina, saiz, tumbesaran dan tahap aktiviti mereka.
Untuk tumbesaran kanak-kanak, sangat penting bagi mereka untuk mendapatkan nutrien dalam jumlah yang mencukupi untuk membantu membina tulang yang kuat, seperti kalsium dan vitamin D.
Zat besi, zink, yodium, kolin, dan vitamin A, B6 (folat), B12, dan D sangat penting untuk perkembangan otak.
Walaupun kanak-kanak mungkin memerlukan jumlah vitamin dan mineral yang lebih kecil daripada orang dewasa, mereka masih memerlukan cukup nutrien ini untuk pertumbuhan dan perkembangan yang betul.
Adakah kanak-kanak memerlukan makanan tambahan vitamin?
Secara amnya, kanak-kanak yang makan makanan sihat dan seimbang tidak memerlukan makanan tambahan vitamin.
Makanan seimbang seperti pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, tenusu, dan protein untuk mendapatkan nutrien yang mencukupi.
- Foto – Children Medical Group
Walaupun kebanyakan kanak-kanak yang mengamalkan pemakanan sihat tidak memerlukan vitamin, tetapi keadaan tertentu mungkin memerlukan suplemen.
Makanan tambahan vitamin dan mineral tertentu mungkin diperlukan untuk kanak-kanak yang berisiko kekurangan, seperti:
- ikut diet vegetarian atau vegan
- mempunyai keadaan yang mempengaruhi penyerapan atau meningkatkan keperluan nutrien, seperti celiac disease, cancer, cystic fibrosis, atau inflammatory bowel disease (IBD.
- pernah menjalani pembedahan yang mempengaruhi usus atau perut
- sangat cerewet dalam memilih makanan dan susah untuk makan pelbagai jenis makanan
Netizen kongsi jenis vitamin elok untuk kanak-kanak
Vitamin C
- Foto – Bited For Foodies
Jika anak-anak anda kerap demam atau selsema, vitamin C boleh membantu meningkatkan daya tahan tubuh anak-anak anda.
Multivitamins
Jika anak-anak anda kurus dan kekurangan zat makanan serta jenis yang memilih makanan, Multivitamins boleh membantu membekalkan zat dan nutrien yang diperlukan oleh badan anak-anak.
Kebiasaannya, Multivitamins dicampur skali dengan Lysine bagi meningkatkan selera makan anak-anak sekali.
Lysine
Jika anak-anak anda tiada selera makan, vitamin yang mengandungi Lysine boleh membantu menambah selera makan anak-anak.
- Foto – Parenting Science
Anak-anak yang kerap sakit dan tiada selera makan anda boleh memilih Vitamin C + Lysine. Bagi anak-anak yang kekurangan zat atau jenis yang memilih makanan anda boleh memilih Multivitamins + Lysine.
DHA
Bagi anak-anak yang sukar untuk memberi tumpuan, DHA boleh membantu dalam perkembangan otak anak-anak untuk membantu anak-anak lebih fokus.
Contoh jenama vitamin untuk kanak-kanak
Scott’s Vitamin C Pastilles
- Foto – Scotts
Appeton Multivitamin Lysine
- Foto – Shopee
Champs Vit C with Lysine
- Foto – Champs
Scott’s DHA Gummies
- Foto – Arkib Wanista
Makan tambahan vitamin dan mineral diperlukan untuk kanak-kanak yang mengikuti diet vegan, mempunyai keadaan yang mempengaruhi penyerapan nutrien, atau si picky eater.
Semoga info bermanfaat untuk ibu bapa dalam memberi nutrien secukup untuk anak-anak.