“Kakak dan adik pergi mandi sekarang, jangan tunggu malam baru nak mandi tak elok nanti kena penyakit paru-paru nanti. Lekas pergi mandi sekarang.”
Rasanya kebanyakan orang mempunyai tanggapan sebegini, dan ianya seolah-olah telah menjadi kepercayaan dari generasi ke satu generasi yang lain.
Selain mitos mandi malam penyebab paru-paru berair, terdapat banyak lagi mitos kesihatan yang pelik-pelik dan tidak betul menjadi kepercayaan masyarakat di Malaysia.
Berikutan itu, ikuti penjelasan doktor Amalina mengenai fakta sebenar dan jawapan dari sudut pakar kesihatan yang betul di bawah.
Mitos 1: Mandi Malam Paru-Paru Berair
- Foto – The Healthy
Fakta sebenar: Untuk pengetahuan semua, tiada kajian mengenai mandi malam berkait dengan masalah paru-paru berair.
Masalah paru-paru berair boleh berlaku disebabkan jangkitan bakteria, lalu menyebabkan masalah kesukaran bernafas. Selain itu, masalah paru-paru berair ini juga boleh berlaku disebabkan sebab lain antaranya adalah masalah kanser.
Mitos 2: Ais Batu Penyebab Darah Haid Beku, Kanser Dan Urat Kembang
- Foto – Pinterest
Fakta sebenar: Mitos yang satu ini antara salah satu kepercayaan yang ramai wanita percaya, tetapi hakikatnya ianya tidak benar sama sekali.
Menurut doktor Amalina, bahagian peranakan dan sistem penghadaman berbeza air sejuk yang diminum tidak akan masuk ke bahagian rahim dan membuatkan darah membeku.
Begitu juga dengan kanser di mana penyakit tersebut boleh berlaku disebabkan faktor lain, manakala minum air berais tidak menyebabkan urat jadi kembang sebaliknya ia menjadi kecut.
Mitos 3: Kicap Membuatkan Parut Hitam
- Foto – Pinterest
Fakta sebenar: Ini salah satu mitos popular dikalangan masyarakat di Malaysia, makan kicap penyebab parut jadi hitam dan gelap tapi sejauh kebenaran mitos ini?
Menurut doktor Amalina, konsep pandangan seperti ini adalah salah dan tidak tepat langsung. Kicap tidak membuatkan parut seseorang individu menjadi gelap ataupun hitam.
Dalam proses penyembuhan, kulit akan menghasilkan melanin di mana ia akan membuatkan parut kelihatan sedikit gelap dari kulit normal dan proses ini adalah normal.
Mitos 4: Timun Punca Masalah Keputihan Berlaku
- Foto – The Mom 100
Fakta sebenar: Makan timun punca masalah keputihan? Menurut doktor Amalina, tiada sebarang bukti yang menunjukan makan timun menyebabkan keputihan berlaku.
Untuk makluman, mempunyai keputihan adalah perkara normal kerana ia menunjukan bahawa rahim dalam keadaan bersih dan lembap.
Bukan itu saja, lendir keputihan itu juga melindungi rahim dari sebarang jangkitan kuman. Selain itu, jumlah keputihan yang keluar bergantung pada jenis hormon masing-masing.
Beri perhatian jika lendir keputihan berubah warna menjadi kekuningan atau warna hijau, keluar bau yang kurang menyenangkan dan tekstur menggerutu seperti keju, ini bermakna terdapat jangkitan kuman berlaku dalam rahim dan perlu segera mendapatkan rawatan di hospital.
- Foto – CNN Indonesia
Jadi lepas ini jangan mudah percaya dengan mitos kesihatan yang tidak betul, sebaliknya dapatkan jawapan sebenar dan pengesahan dari pakar kesihatan sendiri.
Tak sangkakan, banyak betul mitos-mitos pelik dan tak betul masyarakat percaya bulat-bulat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat, selamat beramal♥