Memang viral di media sosial, kamu sudah lihat atau belum gambar-gambar Hospital UiTM Puncak Alam yang telah siap dibina?
Tak dinafikan memang cantik sangat dan nampak selesa persekitaran sama ada dalaman atau luaran hospital ini. Hospital UiTM Puncak Alam ini dikatakan bakal beroperasi pada awal bulan April 2021.
Bagi yang belum melihat bagaimanakah dekorasi dan reka bentuk dalaman serta luaran hospital ini, Wanista akan kongsikan bersama kamu dalam entri kali ini.
Elemen Molekul Air Zamzam Digunakan
Bahagian Auditorium
Bahagian Ruang Legar
Bahagian Klinik-Klinik Pakar
Bahagian Bilik Pesakit
Bahagian Luar Hospital UiTM Puncak Alam
Bahagian Pusat Sumber Pendidikan Perubatan
Ketika ini pihak Hospital UiTM Puncak Alam masih lagi menerima kemasukan staf secara berperingkat sebelum beroperasi sepenuhnya seperti yang dijangka pada bulan April 2021 ini.
Bagi Wanista selepas ini kalau sakit ke atau mahu jumpa doktor, memang pergi ke hospital ini terus. Cantik dan sangat selesa!