Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Harga Telur Jatuh Teruk, Bakteria Salmonella Puncanya

by Mas Idayu
March 23, 2021
Foto - The Star

Foto - The Star

38
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Disebabkan orang ramai mula khuatir untuk memakan telur ayam, kini semakin ramai yang elak dari membeli bekalan makanan tersebut di pasaran hingga menyebabkan harga telur ayam jatuh hingga 11 sen sebji baru-baru ini.

Apatah lagi isu pencemaran bakteria Salmonella Enteritidis (SE) yang terdapat di dalam telur ayam, membuatkan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga.

Bakteria Salmonella Enteritidis Puncanya

Foto – Reuters

Ekoran harga telur yang menurun gara-gara dicemari dengan bakteria Salmonella Enteritidis ini, tidak hairanlah mengapa orang ramai kurang membeli telur ayam di kedai-kedai runcit ataupun di pasaraya.

Pakai Sarung Tangan Bakteria Tetap Cepat Merebak, Ini Sebabnya

April 17, 2020
Foto - www.telegraph.co.uk

[ Kesihatan ] Mulut Penuh Bakteria Sebabkan Ulser Dalam Perut

April 7, 2016

Setiap kali berlaku pencemaran bakteria Salmonella pada telur ayam ataupun bahan mentah bersumberkan daging, masyarakat berasa gerun untuk membeli produk makanan tersebut.

Meskipun pakar kesihatan telah memberi panduan terhadap cara penyediaan yang betul, agar bakteria tersebut tidak lagi hidup dalam makanan tetapi orang ramai tetap berasa tidak yakin dan memilih untuk elak membeli seketika produk makanan tersebut sehingga disahkan tiada lagi pencemaran bakteria tersebut.

Boleh Beli Telur Seperti Biasa

Foto – Malay Mail

Dipetik dari Berita Harian Online, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata orang ramai tidak perlu takut untuk membeli telur ayam kerana bakalan ayam di pasaran selamat dan juga berlebihan.

Selain itu Datuk Rosol juga turut berkata, dalam 50 pembekal telur ayam tempatan cuma dua pembekal dari Jeram, Selangor dan Linggi, Negeri Sembilan sahaja yang dikesan mempunyai isu pencemaran bakteria tersebut. Jadi orang ramai tidak perlu risau, kerana telur tempatan selamat untuk di makan.

IKLAN

Cara Memasak Telur Dengan Betul

Foto – Pinterest

Untuk elak dari terkena serangan bakteria Salmonella orang ramai perlu memasak telur dengan haba yang betul, iaitu 71 darjah selsius dan pastikan putih serta kuning telur di masak hingga menjadi keras barulah boleh dimakan.

Oleh itu, buat masa ini elakkan dari memakan telur separuh masak atau mentah dan ubah gaya pemakanan kepada masakan telur yang betul seperti disarankan pihak kesihatan.

Elak Guna Telur Bila…

Foto – Insider

Apabila berlaku situasi penularan bakteria dalam bahan mentah seperti telur ayam di negara kita, orang ramai mulah panik dan bertindak membuang ke semua telur-telur yang sudah di beli.

Dalam keadaan seperti ini tiada gunanya untuk panik, sebaliknya semak telur yang telah di beli dengan teliti sama ada terdapat tanda seperti ini:

  • Terdapat retakan pada kulit telur
  • Terdapat warna putih dan kuning telur berubah
  • Keluar bau busuk atau kurang menyenangkan

Dipetik dari Utusan, orang ramai tidak perlu risau kerana kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar menerusi Program Survelan Penyakit Haiwan Kebangsaan akan pertingkatkan pemantauan bakteria Salmonella ke atas ke semua ladang ayam di seluruh negara.

Rujukan: 1, 2, 3,

Tags: Bakteriabakteria dalam telurbakteria salmonellaharga telur jatuhsalmonellatelur dijangkiti salmonella
Share2SendShare

ARTIKELTERKINI

Sah! Maskara Maybelline Sky High Memang Buat Bulu Mata Panjang, Ini Buktinya

Mari Kenali Personaliti Seseorang Melalui Cara Menghias Rumah

Selain Hilangkan Mata Panda, Ini Bagusnya Letak Eye Patch

Bekas Ahli BTOB, Ilhoon Akui Guna Marijuana Di Mahkamah Seoul

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.