Sudah menjadi lumrah untuk selebriti tampil langsing dan cantik berseri. K-pop idol Soyou tidak terkecuali mengikuti rutin diet penuh disiplin.
Menerusi video Youtube, Soyou mendedahkan petua penurunan berat badan yang sihat, selamat dan sebenarnya membantu dia mendapatkan tubuh badan ideal.
Selain pemakanan, Soyou berkata video workout ini banyak membantunya dalam penurunan berat badan. Tak susah, anda hanya peruntukkan sekitar 30 minit untuk workout di rumah.
Chloe Ting
Fitness youtuber popular ini mempunyai video yang berbeza untuk setiap bahagian badan supaya anda dapat membuat senaman mingguan sendiri dan fokus pada kumpulan otot tertentu untuk workout.
Soyou mencadangkan video ini jika anda tidak mempunyai banyak masa tetapi masih mahu bersenam. Hanya 30 minit, anda dapat melakukan senaman dengan keselesaan di rumah sendiri.
Thankyou BUBU
Soyou mencadangkan video ‘Thankyou BUBU,’ pasangan yang mencipta rutin kecergasan dan pelbagai jenis latihan.
Sesuai untuk beginner kerana rutin pergerakan tidak sukar tapi tetap akan membuatkan anda lencun berpeluh. Video yang disarankan oleh Soyou adalah ‘Calorie Burning Explosive Diet,’ senaman 30 minit kepada penonton.
Yogaboy
Sekiranya anda lebih suka melakukan yoga daripada senaman intensiti tinggi, Soyou cadangkan Yogaboy.
Yogaboy miliki pelbagai jenis video mengikut jenis kategori, memudahkan anda pilih rutin terbaik untuk badan anda sendiri. Sekiranya anda ingin menggunakan kekuatan dan fleksibiliti teras anda, yoga mungkin merupakan pilihan yang tepat untuk anda.
Ingin kekal langsing, pemakanan yang sihat dan rajin bersenam adalah kuncinya. Kena tahu pantang makanan dan disiplin bila workout, barulah diet yang dilakukan sihat dan selamat.
Selamat beramal!