Bagi individu yang sukakan salad, tak dinafikan memang susah untuk menyimpan sayur tersebut dalam jangka masa yang lama.
Kamu nak tahu tak bagaimana cara yang sesuai untuk simpan salad dalam masa yang lama sehingga sebulan di dalam peti sejuk?
Lama, seorang food blogger di TikTok telah berkongsi satu trik untuk menyimpan salad dalam peti sejuk untuk jangka masa sebulan. Memang segar dan rangup seperti salad baharu.
Hanya guna 3 langkah kenapa boleh tahan lama?
“Cara ini terbaik untuk kamu memastikan salad kekal segar dan rangup. Tenggelamkan salad dalam air boleh membuatkan ia bertahan selama sebulan.”
Langkah-langkahnya:
- Ambil bekas atau balang yang sesuai dan masukkan salad ke dalamnya.
- Penuhkan bekas tersebut dengan air sehingga sayur terendam.
- Tutup bekas dengan rapat dan simpan dalam peti sejuk.
Selain itu, kamu perlu menukar air di dalam bekas tersebut setiap dua hari sekali dan pastikan penutup bekas sentiasa rapat setiap masa.
Selepas 4 minggu kemudian, kamu boleh lihat salad kamu masih lagi kekal segar dan rangup seperti baru dibeli.
Menerusi posting seterusnya di TikTok, Dr. Heather Woolery-Lloyd telah menjelaskan sebab mengapa salad kekal segar ketika direndam di dalam air.
@tastegreatfoodie #duet with @drheathermd #osmosis #lettucehack #didyouknow #foodhack #eatyourlettuce #freshlettuce #tiktoktrending #fyp #doctoradvice
Untuk pengetahuan kamu, proses osmosis telah berlaku ketika salad berada dalam bekas. Disebabkan oleh proses ini, ia membuatkan air memasuki sel salad dan menjadikannya lebih rangup dan segar.
Ramai yang berkongsi pendapat dan sukakannya
Melihatkan perkongsian Lama di TikTok itu, ramai yang berkongsi pendapat. Ada yang mengatakan triknya itu membantu individu melakukan pembaziran makanan terutaman bagi mereka yang tinggal bersendirian.
Dan ada juga yang mengatakan mereka cuba trik tersebut dengan sayur lain seperti lobak merah, lobak putih serta saderi dan mendapati keputusannya sama seperti salad.
Sekiranya kamu tinggal bersendirian atau merancang untuk bercuti, kamu boleh gunakan trik ini untuk ‘selamatkan’ salad daripada menjadi buruk dan lembik.
Selamat mencuba ♥