Kombucha merupakan minuman terlaris buat masa ini, at least dikalangan BTS Army.
Sejak BTS Jungkook berkongsi yang dia mengamalkan minuman teh kombucha untuk diet, rata-rata peminat BTS iaitu Army mula mendapatkan minuman tersebut.
Jualan Teazen Meningkat
Dilaporkan syarikat teh Korea Teazen mengalami lonjakan penjualan secara mendadak, meningkat 500% berbanding minggu sebelumnya.
- Foto – Shopee
Nampaknya kegilaan kombucha di seluruh dunia tidak akan habis dalam masa terdekat kerana penjualan Teazen terus meningkat. Syarikat itu memperluas senarai negara yang mereka eksport, di Australia, Hong Kong, Singapura dan Mongolia, dan banyak lagi.
Laku Keras Di Shopee
Peminat BTS di Malaysia juga turut sama mendapatkan minuman magik itu di laman membeli-belah atas talian popular Shopee. Menurut pemerhatian penulis yang turut sama mahu mendapatkan minuman tersebut, kebanyakan perisa yang dikehendaki kehabisan.
- Foto – Shopee
Melihat pada komen pelanggan, kebanyakan membeli kerana BTS Jungkook dan mereka menyukai rasa teh kombucha berperisa lemon dan ingin mencuba perisa yang lain juga.
Kebaikan Teh Kombucha
Segala kompenan terdapat dalam teh cendawan mekah baik untuk sistem pencernaan, masalah sembelit, tekanan darah tinggi, penyakit kulit, pesakit buah pinggang dan batu dalam hempedu. Ada juga laporan mengatakan ia dapat mengurangkan berat badan jika diminum setiap hari.
Walau bagaimanapun, apa saja yang anda masukkan ke dalam badan, anda perlu mengetahui segala kemungkinan risiko dan kesan sampingan sebelum memutuskan untuk mengamal setiap hari.
- Foto – Food Navigator
Kesimpulannya, apa saja makanan atau minuman yang diambil perlulah secara terkawal dan seimbang. Kalau rasa ada perubahan negatif pada diri, elakkan teh kombucha.
Selamat beramal!