Minum susu setiap hari pada sebelum sarapan di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu malam, telah menjadi rutin harian kamu?
Tapi adakah kamu tahu apa beza susu yang kamu minum itu, apatah lagi di pasaran terlalu banyak sangat susu yang ditawarkan kepada pengguna.
Nak tahu apakah beza jenis-jenis susu yang terdapat di pasaran tempatan, ikuti kupasan penuh bersama Wanista di bawah!
#1 Susu Penuh Krim (Full Cream Milk)
- Foto – Dutch Lady/Sunshine Online
Siapa yang tidak pernah minum susu penuh krim dalam hidup kan? Kalau nak tahu apa beza susu penuh krim dengan susu-susu yang lain adalah, 100ml air susu ini mengandungi 3.3 gram protein, 4.7 gram karbohidrat dan 3.9 gram kandungan lemak.
Rasa susu yang penuh berlemak, berkrim dan pekat membuatkan sesiapa saja sukar untuk berhenti untuk meminumnya dan segelas susu penuh krim ini mengandungi 66.9 kalori.
Tambahan lagi, susu penuh krim ini sering digunakan dalam kopi kerana ia berikan rasa yang kaya, berlemak dan maksimakan rasa kopi bagi peminat tegar kopi.
#2 Susu Rendah Lemak (Low Fat Milk)
- Foto – Pinterest
Bagi yang ingin berdiet, maka susu rendah lemak ini adalah salah satu bekalan minuman yang perlu kamu pertimbangkan. Ini adalah kerana, susu rendah lemak ini hanya mengandungi satu peratus jumlah lemak di dalam susu.
Selain itu, susu rendah lemak ini juga menjalani proses ‘centrifugation’ di mana proses ini membuang lapisan lemak dan krim yang terdapat dalam susu.
Bukan itu saja, dengan proses itu ia menjadikan susu jenis ini sering digunakan dalam pelbagai variasi minuman rendah kalori dan juga makanan seperti puding, kek dan manisan lain.
#3 Susu Segar (Fresh Milk)
- Foto – Pinterest
Susu segar pula mempunyai nutrisi yang lagi lagus berbanding jenis susu-susu yang lain, tetapi bezanya pula adalah susu segar seperti ini mempunyai tarikh luput yang lebih cepat lebih kurang dalam seminggu.
Sebelum susu ini sedia dipasarkan untuk minuman umum, ia melalui proses pempasteuran dengan memanaskan susu lebih daripada 72 darjah selsius selama 15 saat bagi memastikan susu ini selamat untuk di minum.
#4 Susu Skim (Skimmed Milk)
- Foto – Pinterest
Susu skim ini juga dikenali sebagai susu bebas lemak dan merupakan pilihan popular bagi individu yang ingin menjaga kesihatan diri dan beza susu skim dengan susu-susu yang lain adalah susu ini tidak mempunyai sebarang kandungan lemak.
#5 Susu UHT (UHT Milk)
- Foto – Pinterest
Susu UHT atau Ultra High Temperature sebenarnya merujuk kepada proses yang digunakan bagi menghasilkan susu ini, dengan takat pemanasan setinggi 135 darjah selsius selama 1-2 saat dapat membuatkan susu ini bertahan selama 5-10 bulan.
#6 Susu Tepung
- Foto – Pinterest
Manakala beza susu tepung dengan susu cecair yang lain adalah mengandungi zat tertentu seperti vitamin, mineral dan juga nutrisi khusu DHA bagi menjamin perkembangan pertumbuhan minda kanak-kanak dan orang dewasa.
#7 Susu Asli (Raw Milk)
- Foto – NPR
Jangan salah anggap pula dan ingat susu asli ini sama seperti susu segar pula, kerana bezanya susu asli dengan susu yang lain adalah susu asli tidak menjalani proses penstrilan dan mengandungi bakteria serta kuman yang berbahaya.
Tak sangka, sebenarnya banyak perbezaan dari aspek nilai atau purata kandungan di dalam setiap jenis susu yang dikeluarkan di pasaran ini bukan.
Patutlah pelan diet selalu tidak mengena, bila dah minum susu seperti ini setiap hari mana nak hilang lemak badan betul tak?
Jadi antara jenis-jenis susu terdapat di atas, kamu sering minum yang mana?
Selamat beramal♥