Salah faham biasa kulit glowing dikatakan berminyak. Salah okay!
Kulit wajah glowing merupakan kulit bersih bersinar dan nampak pancaran cahaya daripanya. Kulit glowing buat seseorang nampak awet muda dan segar, kulitnya terlihat sihat sentiasa.
Mungkinlah kalau dilihat jauh nampak macam berminyak tapi sebenarnya bukan. Kulit glowing atau bersinar adalah cerminan kesihatan wajah yang baik. Ia dapat dicapai dengan amalan gaya hidup dan tabiat penjagaan kulit yang betul.
Pakar dermatologi dedahkan beberapa langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar ini.
Tambah Pengelupasan Ke Dalam Rutin Skincare
Cuba lihat kulit wajah sendiri di cermin. Penuh kusam dan kering. Keadaan ini terjadi kerana sel-sel kulit mati, kekeringan dan kotoran dari pencemaran toksik.
- Foto – Pinterest
Tambah pengelupasan lembut seperti skrub atau pencuci muka jenis mengelupas ke dalam rutin penjagaan anda seminggu sekali adalah cara mudah untuk mengangkat sel-sel kulit mati untuk kulit yang lebih cerah dan lebih bertekstur.
Vitamin C Rahsia Sebenar
- Foto – Medical News Today
Makan banyak buah-buahan yang kaya vitamin C. Vitamin C kunci utama untuk mengekalkan kulit yang halus, sekata dan bercahaya. Sifat antioksidan pada vitamin C dapat membantu melindungi kulit daripada anasir jahat yang menyerang.
Jangan Sesekali Lupa Untuk Melembap
Ada yang meninggalkan step melembap kerana pada mereka ia membuat kulit makin berminyak. Tahukah kulit kusam dan kering kerana kurangnya kelembapan.
- Foto – Mind Body Green
Setelah anda mengelupas dan membersih, lapiskan dengan pelembap yang sesuai untuk kulit, juga untuk menghidrat.
Krim pelembap kesukaan wanita dari Clinique memberi anda kelembapan berpanjangan. Walaupun anda duduk dalam air conditioner, kulit tetap terlihat lembap saja.
Tingkatkan Senaman Anda
- Foto – Help Guide
Melakukan senaman adalah rahsianya! Senaman dapat membantu meningkatkan peredaran kulit, memberikan kulit anda sedikit bersinar. Ingatlah untuk membersihkan selepas bersenam agar kulit anda bersih berseri dan berasa segar.
Semua Kerana Rutin Penjagaan Kulit
Kulit yang kelihatan sihat adalah kulit yang bersih bersinar, dan sentiasa nampak lembap sekata. Selain daripada minum banyak air, kulit yang kelihatan sihat datangnya dari rutin penjagaan kulit yang seimbang dan konsisten.
- Foto – Good Housekeeping
Pilih produk yang sesuai untuk anda. Pembersih, pelembap serta krim pelindung matahari teras untuk mendapatkan kulit yang glowing dan dewy idaman.
Tapi kalau nak manfaat tambahan untuk merawat kulit, jangan lupa pada serum. Serum Estee Lauder yang dipakai sebelum tidur berbaloi dimasukkan ke dalam rutin.
Kulit yang bersinar dan berseri bukan satu langkah yang mudah. Ada kena disiplin dan rajin dan selitkan beberapa perubahan rutin penjagaan kulit agar kulit terlihat sihat, lembut, gebu dan bersinar-sinar.
Selamat beramal!