Nak amalkan gaya hidup sihat? Tak susah pun sebenarnya, kamu hanya perlu mendisplinkan diri dari segi rutin harian, senaman dan pemakanan.
Kini tak lagi risau kerana Nando’s telah memperkenalkan kempen #GetBackOnTrack untuk memudahkan orang ramai mencapai gaya hidup yang dimahukan.
Pelbagai jenis rangkaian hidangan makanan sihat diperkenalkan bagi membantu kamu menjalani gaya hidup yang sihat dengan lebih berkesan.
Penuh dengan pelbagai nutrien
Padat dengan sumber protein, kamu boleh memilih dua jenis menu sama ada ayam PERi-PERi atau hidangan bebas daging.
Pada masa yang sama, Nando’s juga telah berkolaborasi dengan pelbagai pusat kecergasan bagi membantu peminat kembali ke landasan yang sihat dan seterusnya menjalani kehidupan yang lebih seimbang dalam jangka masa yang panjang.
“Penekanan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat kini lebih ketara berbanding dahulu. Kini lebih ramai orang mencari diet yang sihat dan seimbang. Mereka lebih mengambil makanan yang kurang daging dan lebih sayuran tapi masih mahu menitikberatkan rasa yang sedap”, ujar Stephen Chew (Ketua Pegawai Eksekutif Nando’s Malaysia).
Selain itu, pihak Nando’s juga merasakan bermula dengan makanan yang sedap dan sihat, akan lebih memudahkan orang ramai untuk mencapai gaya hidup yang lebih sihat dengan efektif.
6 Menu Sihat Yang Sesuai Untuk Semua
Bagi menjayakan kempen #GetBackOnTrack, Nando’s telah memperkenalkan rangkaian menu baru mereka yang terdiri daripada 6 jenis menu berbeza yang padat dengan protein dan bebas daging.
Antara menu yang kamu dapati melalui kempen ini adalah:
Tofu Sticks & Dip [RM 6.90]
Mahukan hidangan pembuka selera yang sihat? kamu boleh mencuba Tofu Sticks & Dip. Snek makanan ringan ini ditaburkan dengan serbuk PERi-PERi dan dicicah bersama jem cili istimewa yang manis.
Veggie Carnival Bowl [RM 19.90]
Sesuai untuk mereka yang mahukan hidangan bebas dengan daging, Veggie Carnival Bowl didatangkan dengan cendawan portobello premium yang digabungkan dengan Spicy Rice Nando’s yang wangi, cili benggala dan sayur bayam yang segar.
Happy Trio Chicken Bowl [RM 19.90]
Nak amalkan gaya hidup yang sihat tapi mahukan hidangan yang lengkap? Kamu boleh mencuba hidangan ini dimana ia dilengkapi dengan isi dada ayam yang lembut, Spicy Rice, isi jagung, bayam dan juga cili benggala.
Ultimate Trio Chicken Bowl [RM 25.90]
Jika mahu upgrade Happy Trio Chicken Bowl, kamu boleh tambahkan cendawan portobello ke dalam hidangan tersebut untuk mendapatkan hidangan Ultimate Trio Chicken Bowl. Memang sedap sangat dan tak rugi!
Portobello Mushroom Bowl [RM 12.90]
Untuk hidangan pembuka selera yang lain adalah, Portobello Mushroom Bowl. Hidangan ini terdiri daripada cendawan portobello yang dipanggang dengan rasa PERi-PERi pilihan kamu yang dicampurkan dengan sayur ketumbar segar dan bawang merah.
Portobello Mushroom With Tofu Burger [RM 19.90]
Terdiri daripada cendawan portobello yang dipanggang separa denga pilihan perasa PERi-PERi bersama tauhu yang dibakar panggang.
Digandingkan pula dengan jem cili istimewa Nando’s dan sayuran segar yang diapit dengan roti. Pada masa yang sama, kamu boleh menggantikan roti dengan wrap mengikut citarasa kamu.
Selari dengan menu sihat yang diperkenalkan, peminat Nando’s juga dapat mengikuti petua senaman serta tawaran istimewa bagi ahli gim Crossfit Pahlawan, Journey Indoor Cycling Studio, Peak Fitness dan The Flow Studio.
Untuk maklumat lanjut mengenai Nando’s PERi-PERi, kamu boleh layari laman web rasmi, Facebook, Instagram dan Twitter Nando’s.