Sudah menjadi trend sekarang, konsep rumah idaman makin menjadi popular dengan ciri-ciri khas interior idaman.
Dan antara yang popular dan menjadi pilihan adalah konsep urban minimalis kerana sesuai untuk semua orang dan mudah untuk dihasilkan.
Tidak memerlukan perincian dan perabot yang banyak, konsep dan gaya ini lebih tersusun dan sangat ringkas.
Di Instagram, seorang pengguna telah berkongsi gambar rumahnya yang menggunakan konsep dan gaya urban minimalis. Memang sangat cantik dan puas hati melihatnya!
Rumah Dua Tingkat Yang Terapkan Konsep Minimalis
Bahagian depan rumah mempunyai teres yang teduh dan sebuah taman kecil yang disusun dalam bentuk menegak di tepi rumah.
Pintu masuk menggunakan dua elemen iaitu kayu dan kaca. Fungsi gunakan kaca adalah untuk membawa masuk cahaya semula jadi ke dalam rumah. Dan bahagian siling menggunakan kayu supaya nampak lebih moden dan menjadi pembahagi.
Tiada pembahagi di ruang tamu, penggunaan sofa dan kerusi dalam bilangan yang sedikit membuatkan ruang nampak lebih luas. Tingkap membawa masuk cahaya membuatkan ruang ini kelihatan lebih ‘hidup’.
Di bahagian ruang makan, ada sedikit unsur industrial seperti brick expose dan lampu gantung. Manakala cat dinding hanya menggunakan warna neutral seperti putih dan menggunakan cahaya semula lebih banyak berbanding lampu.
Nampak sangat eksklusif apabila lantai di bahagian ruang makan ini menjadi pembahagi di antara ruang pintu masuk, ruang tamu dan ruang tamu.
Bahagian dapur pula memang sangat ringkas. Tiada rak yang banyak di bahagian memasak. Dan penggunaan kitchen island di bahagian ini dianggap sebagai pembahagi di antara bahagian dapur dan bahagian lain.
Memasukkan elemen kayu di tangga untuk menampakkan unsur moden dalam konsep ini. Malah bahagian siling pula ada beberapa bahagian menggunakan ruang kayu untuk memberi cahaya luar masuk ke dalam supaya ruangan ini nampak lebih luas dan besar.
Di tingkat dua pula, ruangan ini memang mengekalkan penggunaan perabot yang minimum untuk tidak membuatnya nampak semak dan serabut.
Penggunaan tingkap dan kaca sebagai dinding membuatkan ruangan ini menerima lebih banyak cahaya semula jadi dan ia nampak lebih luas dan besar.
Di bahagian atap pula menggunakan bumbung separa terbuka, kamu boleh lihat lantainya diperbuat daripada kayu dan dihiasi dengan beberapa tanaman yang menjadikan ruangan ini sebagai tempat istirehat yang tenang.
Bahagian luar pula iaitu taman kecil di tepi rumah, menggunakan lantai kayu dan beberapa pokok yang disusun di tepi-tepi rumah untuk memberikan pandangan yang tenang dan menghijau.
Memang goals sangat bila Wanista lihat gambar-gambar rumah ini! Boleh dikatakan keseluruhan rumah ini nampak sangat ringkas, tak serabut dan tidak semak.
Bagi kamu yang mahu mendekorasi rumah, pastikan kamu tahu terlebih dahulu apakah konsep yang kamu mahukan.
Selamat mencuba!