Siapa suka pakai skirt jenis pleated kita geng!
Wanita mana yang tidak jatuh cinta dengan rekaan skirt berlipat yang cantik terbentuk dan beralun lembut apabila ditiup angin kan? Apatah lagi bila menggayakan skirt kesukaan bersama blouse atau baju yang sepadan, menaikkan lagi penampilan diri.
Meski tampak cantik dan bergaya tetapi hakikatnya bukan mudah nak jaga skirt pleated atau berlipat ini, kerana apabila cuci berulang kali tulang garisan akan hilang juga nanti.
Jadi bagaimana nak jaga agar garisan berlipat tidak hilang, rahsianya ada pada cara cucian dan cara penjagaan!
Semak Label Sebelum Basuh
- Foto – Sewport
Sebelum kamu ingin mencuci apa jua jenis pakaian, perkara utama yang perlu kamu lakukan adalah menyemak dahulu label arahan cucian yang terdapat pada pakaian.
Sama juga dengan skirt pleated kamu, lihat apakah jenis arahan jenis cucian untuk membasuh skirt kamu kerana setiap skirt berlipat yang kamu miliki menggunakan fabrik yang berlainan dan sudah tentunya arahan cucian juga tidak sama.
Cucian Kering (Dry Cleaning)
- Foto – Pinterest
Tetapi kebanyakan skirt mempunyai arahan cucian yang sama iaitu cucian kering atau dry cleaning, skirt pleated yang dibasuh dengan menggunakan kaedah cucian kering ini dapat menanggalkan kotoran degil dan kesan minyak dengan berkesan.
Bukan itu saja, dengan cara cucian seperti ini ia tidak merosakkan fabrik skirt dan dalam masa yang sama dapat kekalkan warna dan bentuk skirt dalam tempoh yang lama.
Guna Seterika Wap
- Foto – Pinterest
Selain perlu beri perhatian terhadap cara cucian, kamu juga perlu beri perhatian cara menseterika skirt pleated kamu dan untuk seterika skirt berlipat seperti ini kamu perlu menggunakan seterika wap.
Jika kamu nak seterika skirt pleated kesayangan kamu masih kekal terbentuk dan garisan berlipatnya tidak hilang, maka gunakan seterika wap jenis tangan (lihat gambar) agar tulang garisan lipatan pada skirt tidak hilang bentuk.
Simpan Skirt Kena Betul
- Foto – The Spruce
Kunci rahsia terakhir dalam penjagaan skirt pleated selain menggunakan cara cucian dan cara seterika yang betul adalah, menyimpan skirt berlipat kamu dengan betul.
Macam mana nak simpan skirt berlipat dengan betul bukannya dengan melipat dan di letak secara bertingkat dengan pakaian yang lain, tetapi dengan cara menggantung skirt menggunakan hanger kemudian barulah kamu boleh simpan dalam almari pakaian.
- Foto – Pinterest
Jadi kalau kamu sayang dengan skirt pleated dan ingin ia tahan lama dan masih mengekalkan bentuk berlipatnya seperti baru beli. Maka kamu perlu beri perhatian terhadap tiga aspek penting yang Wanista highlight-kan di atas.
Selamat beramal♥