Wednesday, April 14, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

Selalu Pakai Deodorant Tapi Ramai Yang Ulang 7 Salah Ini

by Sofie Azizlan
March 26, 2021
Foto - Flexitarian Nutrition

Foto - Flexitarian Nutrition

13
SHARES
128
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memang jadi sebahagian daripada rutin kebersihan diri, pemakaian deodorant memang wajib setiap hari.

Selain elakkan badan berbau sepanjang hari, deodorant juga dapat mengelakkan ketiak kamu daripada menjadi terlalu berpeluh.

Walaupun setiap hari pakai, tapi ada juga beberapa individu yang menggunakannya dengan salah. Kesannya, bau badan boleh menjadi lebih teruk daripada kebiasaannya dan ketiak mengalami kerengsaan.

Tiada kesan kuning di pakaian dengan deodoran NIVEA Invisible Black & White Pure

July 18, 2013

Dan menurut pakar, 7 jenis kesalahan ini memang ramai orang sering lakukan tanpa mereka sedar ketika memakai deodorant.

#1 Guna dalam cara yang salah 

“Deodorant boleh digunakan bila-bila masa sahaja tetapi antiperspirant lebih sesuai digunakan pada waktu malam kerana anda tidak terlalu banyak berpeluh,” ujar Mark Malek (Pakar bedah kosmetik di Arizona).

Wanista nak tanya, kamu pakai deodorant kebiasaannya pada waktu pagi kan? Tetapi ada beberapa pakar berpendapat sebaliknya.

Foto – Healthline

Kalau kamu nak tahu, penggunaan deodorant dan antiperspirant lebih berkesan dan efektif ketika kulit ketiak kamu dalam keadaan bersih dan kering.

Untuk hasil yang lebih berkesan, setelah mandi pada waktu malam, tepuk bahagian ketiak dengan tuala untuk keringkan. Kemudian, gunakan deodorant atau antiperspirant.

#2 Melapiskan deodorant dengan banyak 

Ramai yang melakukan salah yang ini, iaitu melapiskan deodorant yang baru di atas deodorant yang lama di ketiak.

Foto – Green and Growing

Melapiskan deodorant berulang-ulang kali tidak akan menghilangkan bau badan kamu dan membuatnya menjadi segar.

Kalau kamu lakukan begitu, elakkan dan cuba sapu deodorant pada kulit yang bersih dan kering sehingga ia boleh melekat secara langsung ke atas permukaan ketiak.

#3 Pakai deodorant selepas cukur bulu ketiak 

Sebenarnya boleh mendatangkan bahaya jika kamu menggunakan deodorant atau antiperspirant sebaik sahaja mencukur, waxing atau laser untuk membuang bulu ketiak.

Foto – Healthline

Ini kerana bahan-bahan dalam deodorant meresap masuk ke dalam dan boleh merengsakan kulit ketiak kamu terutamanya bila produk tersebut mengandungi alkohol.

#4 Produk tidak sesuai dan merengsakan kulit 

Sama seperti produk mekap dan penjagaan kulit, deodorant juga perlukan patch test terlebih dahulu.

IKLAN

Foto – Healthline

Kamu boleh lakukan patch test pada bahagian pergelangan tangan. Caranya sapu sekali sahaja dan tunggu seketika untuk melihat sama ada kulit kamu merengsa atau tidak.

Selain itu, kamu perlu perhatikan kandungan deodorant sebelum membeli. Jika kulit ketiak kamu sensitif, elakkan deodorant yang mengandungi wangian dan alkohol.

#5 Guna produk deodorant yang sama sejak awal 

Pernah tak ketiak kamu tetap berpeluh walaupun baru sahaja memakai deodorant?

Untuk situasi ini, sebenarnya kelenjar peluh di ketiak kamu sudah terbiasa dengan produk yang sama sekiranya kamu tidak menukar produk dalam jangka masa yang lama.

Foto – Mom Loves Best

Apabila ketiak kamu mengeluarkan peluh walaupun sudah menggunakan deodorant, ia boleh membuatkan ketiak menjadi tempat yang lembap.

Kesannya ketiak menjadi tempat pembiakan microbes di mana ia menjadi punca kepada ketiak berbau busuk.

#6 Salah pakai dan keliru di antara deodorant dan antiperspirant 

Antiperspirant berfungsi untuk mengurangkan pengeluaran peluh manakala deodorant bertujuan untuk mengurangkan bau busuk dan meneutralkan bau ketiak.

“Kebanyakan antiperspirant mengandungi aluminium salts dan kadang kala dicampur dengan zirconium salt yang berfungsi untuk mengikat protein pada saluran kelenjar peluh”, ujar Fayne Frey (Pakar dermatologi dan pengasas FryFace).

Foto – Nivea

Apabila protein diikat pada saluran kelenjar peluh, ia akan menghasilkan plag saluran peluh sementara bagi mengurangkan pengeluaran peluh.

Sementara itu, deodorant berfungsi untuk membunuh bakteria yang boleh menyebabkan bau badan menjadi busuk. Tetapi kamu perlu tahu, deodorant tidak dapat kurangkan pengeluaran peluh dan tidak akan membuatkan ketiak menjadi kering.

#7 Tak tahu berapa banyak yang perlu guna, sedikit atau banyak?

Untuk tahu berapa banyak sapuan deodorant atau antiperspirant, ianya bergantung pada kawasan kelenjar peluh ketiak kamu.

Pemakaian yang betul adalah sebanyak satu kali sahaja dan perlu menutup keseluruhan kawasan kelenjar peluh tersebut.

Foto – Who Magazine

Kalau kamu melapisi berulang-ulang kali secara berlebihan ia tidak akan berkesan malah tidak berfungsi seperti lapisan pertama.

Pemakaian deodorant mahupun antiperspirant sepatutnya menjadi satu langkah yang berkesan dan efektif untuk menghalang bau badan daripada berbau.

Tetapi kalau selama ini kamu memakainya dengan salah, pastikan kamu berhenti dengan segera dan pakai dengan betul supaya setiap pemakaiannya berkesan dan efektif.

RUJUKAN: 1, 2, 3

Tags: 7 kesalahan pakai deodorantcara salah pakai deodorantdeodorantkesalahan pakai deodorantpakai deodorant cara salahpakai deodorant salah
Share5Tweet3Send

ARTIKELTERKINI

Sopan Dan Manis Fesyen Dr. Ruhila, Permata Hati Puan Sri Normala Samsudin

5 BB Cushion Paling Best Pakai, Ada Di Farmasi!

Guna 4 Produk, Wanita Ajar Cara Mudah Dapatkan Glass Skin

Cari Juadah Berbuka, Ini Lokasi Bazar Ramadan Sekitar Lembah Klang Dan Selangor

Jarang Berlaku, Wanita Dedah Tumbuh Satu Payudara Sahaja

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.