Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Dekorasi

5 K-Drama Ini Beri Idea Dekorasi Gempak Dan Istimewa!

by Mas Idayu
March 27, 2021
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

14
SHARES
144
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Siapa setuju bila tonton drama Korea, mesti rasa cemburu gila melihat dekorasi dalaman rumah?

Kalau setuju kita geng, sebut saja nama-nama K-drama yang bersiaran semuanya menampilkan rekaan serta dekorasi yang unik dan identiti yang tersendiri.

Bagi yang sedang mencari idea-idea menarik untuk deko rumah impian masing-masing, kamu boleh jadikan interior dalaman rumah yang terdapat dalam K-drama sebagai inspirasi.

Foto - Pinterest

Tak Rajin Kemas Rumah, Wanita Perlu Ada Ini Sebagai Pembantu

March 11, 2021
Foto - Pinterest

Nak Cari Idea Dekorasi Rumah Tema Hitam Dan Putih, Ini Antara Yang Menarik

December 30, 2020

#1 The Penthouse 2: War In Life

Foto – Pinterest

Ruang Tamu Stail Majestic

Bagi yang ingin mencari idea dekorasi ruang tamu yang tampak mewah, elegan dan beri vibe yang majestic, kamu boleh intai-intai idea dekorasi dalam drama ‘The Penthouse 2: War In Life’.

Jika kamu miliki ruang yang luas dan siling yang tinggi, kamu boleh cuba mendekorasi ruang tamu seperti dalam drama ini kerana banyak sumber inspirasi yang boleh kamu cedok untuk mendekorasi ruang tamu impian kamu sendiri!

Ini antara kunci dan idea dekorasi di dalam drama yang boleh kamu ambil seperti:

  • Lampu siling berjuntai
  • Tangga spiral batu marmar
  • Sofa gergasi bentuk L
  • Meja kopi gergasi segi empat
  • Penghadang kaca lutsinar
  • Table top panjang
Foto – Tatler Philippines
Foto – Tatler Philippines

#2 Crash Landing On You

Foto – Pinterest

Ruang Tamu Stail Moden Geometrik Sarang Lebah

Bagi yang mencari idea ruang tamu yang unik dan lain dari yang lain, mungkin kamu boleh tinjau dekorasi ruang tamu dalam drama ‘Crash Landing On You’ yang menampilkan dekorasi unik yang tersendiri.

Vibe dekorasi seperti dalam sarang lebah yang ditonjolkan dalam drama ini berikan keunikan dan elemen yang tersendiri.

Ini antara idea menarik yang boleh kamu ambil untuk mendekorasi ruang tamu kamu:

  • Siling bentuk geometrik segi tiga
  • Lampu siling berjuntai bentuk kon
  • Sofa panjang depan belakang
  • Dinding bentuk semi-segi tiga
  • Pasu bunga bersama daun lebar gergasi
  • Rak televisyen bentuk hexagon (sarang lebah)
Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

#3 What’s Wrong With Secretary Kim

Foto – Pinterest

Bilik Comel Dan Kemas Stail Nordic

Jika kamu ketandusan idea bagaimana nak deko bilik tidur sendiri, apa kata kamu cuba intai bilik tidur dalam drama ‘What’s Wrong With Secretary Kim’.

IKLAN

Gaya ringkas, kemas dan comel memberikan vibe tenang dan santai kepada pemilik bilik tidur apatah lagi barangan dekorasi untuk bilik tidur seperti ini sangat mudah didapati.

Berikut antara elemen penting jika kamu ingin mendekorasi bilik tidur dengan stail seperti ini:

  • Katil saiz super single
  • kertas dinding kotak-kotak
  • Meja komputer minimalis
  • Langsir putih halus
  • Rak dinding
  • Almari kayu untuk buku
  • Lantai kayu
  • Pintu bilik kayu jenis sliding
Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

#4 Touch Your Heart

Foto – Pinterest

Bilik Kerja Minimalis

Pening nak dekor bilik kerja, apa kata kamu beralih kepada konsep minimalis dan kontemporari seperti yang ditunjukan dalam drama ‘Touch Your Heart’.

Elemen ringkas, penggunaan warna-warna pastel cair memberi suasana yang santai dan menyenangkan mata memandangnya.

Ini antara kunci penting jika kamu ingin guna pakai idea dekorasi dalam drama ini:

  • Warna dinding di cat menggunakan warna pastel merah jambu
  • Meja kopi kayu bentuk bulat
  • Lampu lantai bulat
  • Bingkai tingkap warna turquoise
  • Kerusi empuk bersama kerusi kecil ottoman
Foto – Qanvast

#5 The King: Eternal Monarch

Foto – Pinterest

Dapur Moden Dan Mewah

Wanita mana yang tidak mahu miliki dapur mewah, luas, dan besar seperti dalam drama ‘The King: Eternal Monarch’ kan?

Jika kamu miliki ruang dapur yang luas dan besar, apa kata kamu transform dapur idaman seperti drama ‘The King: Eternal Monarch’ pasti teman-teman wanita kamu cemburu bila lihat dapur kamu yang luar biasa nanti.

Ini antara elemen penting jika kamu ingin mengambil idea dekorasi dapur dalam drama popular ini:

  • Table top lebar dan panjang bersama sinki
  • Oven gergasi
  • Peti sejuk pintar
  • Lantai dapur jubin marmar
  • Tunku dapur elektrik
Foto – Pinterest
Foto – Pinterest

Serius tak rugi kamu guna dekorasi berinspirasikan dari drama-drama Korea yang Wanista senaraikan diatas ini, apatah lagi kamu boleh pecahkan stail dekorasi setiap dalaman rumah lain dari yang lain seperti dalam drama bersiri diatas!

Selamat beramal♥

Tags: deko rumah stail k-dramadekor rumah macam k-dramadekorasiidea deko k-dramainspirasi deko rumah
Share6Tweet4Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.