Buka sahaja media sosial, memang feeling habis bila melihat orang ramai mula berkongsi gambar bersama dengan bunga sakura yang melanda negara.
Fenomena bunga sakura ini dipanggil sebagai Tecoma (Tecoma stans) yang berasal dari keluarga Bignoniaceae yang terletak di benua Amerika.
Untuk pengetahuan kamu, tak semua tempat di Malaysia mempunyai musim sakura ini. Hanya beberapa negeri sahaja yang bertuah memilikinya.
Kalau kamu nak rasai pengalaman seperti di Jepun, cuba kunjungi beberapa lokasi panas ini sekarang!
PERLIS
- Jalan Padang Katong, Kangar
- Pejabat Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya Malaysia Negeri Perlis, Kangar
KEDAH
- Jalan Pumpong, Alor Setar
- Jalan Langgar, Alor Setar
- Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar
- Lagenda Heights, Sungai Petani
PULAU PINANG
- Simpang 9, Nibong Tebal
- Sungai Ara, Bayan Lepas
PERAK
- Parit Buntar
- Ipoh
SELANGOR
- Bandar Kinrara, Puchong
- Puchong
PUTRAJAYA
- Perbadanan Putrajaya
- Masjid Putrajaya
- Taman Perumahan Putrajaya
KUALA LUMPUR
- Middle Ring Road 2 (MRR2)
MELAKA
- Taman Asean
JOHOR
- Muar
SABAH
- Jalan Penampang, Kota Kinabalu
Memang cantik-cantik dan sesuai untuk dijadikan port bergambar. Musim bunga sakura ini hanya berlaku sekitar bulan Mac sehingga April sahaja bagi setiap tahun.
Jadi bagi yang belum bergambar dengan pokok-pokok bunga sakura ini, cepat-cepat bergambar sebelum musimnya berakhir!