Ya, Putera William dipilih sebagai lelaki botak paling seksi di dunia.
Duke of Cambridge ini mengalahkan Dwayne “The Rock” Johnson, Jason Statham dan Mike Tyson untuk takhta lelaki botak paling seksi.
Kajian Oleh Pakar Bedah Kosmetik Longevita
The Sun melaporkan bahawa pakar bedah kosmetik Longevita melakukan kajian mendapati bahawa William digambarkan sebagai ‘seksi’ dalam blog dan artikel dalam talian di internet.
- Foto – People
Hasilnya mendapati William telah disebut ‘seksi’ sebanyak 17.6 juta dari seluruh dunia menggunakan carian Google.
“Ada beberapa tokoh masyarakat botak yang memang menarik perhatian kita,” jelas jurucakap Longevita.
Top 10 Lelaki Botak Seksi Di Dunia
Putera William mengalahkan Mike Tyson, Jason Statham dan Michael Jordan yang menduduki lima tangga teratas dalam senarai.
Dwayne “The Rock” Johnson, Bruce Willis, Vin Diesel, Floyd Mayweather dan John Travolta juga disebutkan dalam kajian.
- Foto – People
- Prince William – 17.6m
- Mike Tyson – 8.8m
- Jason Statham – 7.4m
- Pitbull – 5.4m
- Michael Jordan – 5.3m
- Floyd Mayweather – 4.3m
- John Travolta – 3.8m
- Bruce Willis – 3.3m
- Dwayne Johnson – 2.6m
- Vin Diesel – 2.3m
Nampaknya presiden Rusia Vladimir Putin turut sama tersenarai dalam lelaki botak seksi tetapi tidak berjaya dalam senarai 10 teratas.
Macam-macam hal…