Drama ‘Joseon Exercist’ heboh diperkatakan di Korea sejak episod pertamanya ditayangkan pada 22 Mac 2021 baru-baru ini, drama bergenre sejarah dan kuasa mistik ini menampilkan sisi berbeza dan berlainan dari drama Korea yang lain.
Tetapi malangnya selepas dua episod ditayangkan, SBS membuat keputusan bahawa drama berepisod ini tidak lagi dibenarkan bersiaran selepas membuat penilaian menyeluruh.
Drama ‘Joseon Exorcist’ Kena Serang
Sejak bersiaran pada 22 Mac baru-baru ini, rakyat Korea tidak henti-henti menghentam drama ‘Joseon Exorcist’, dan sudah tentunya krew-krew serta para pelakon yang melakonkan drama ini juga tidak terlepas dari api amarah rakyat Korea.
Semuanya bermula bila mana penonton melihat terdapat elemen-elemen dari negara China, membuatkan orang ramai mula memberi perhatian terperinci dalam dua episod yang ditayangkan oleh stesen televisyen SBS.
Sepanjang dua episod yang bersiaran di kaca televisyen membuatkan rakyat Korea berasa terkejut dan tidak dapat menerimanya, kerana drama ini menyimpang dari sejarah dan elemen Korea sebenar meski drama ini juga bergenre fantasi.
Netizen Lihat China Cuba Putar Belit Sejarah Korea Sebenar
- Foto – Drama Cool/South China Morning Post
Dipetik dari Allkpop, dalam dua episod yang disiarkan banyak elemen dari negara China diguna pakai dalam drama sejarah Korea ini ianya bukan sekadar makanan, tetapi prop yang digunakan juga terang-terang menampilkan budaya negara besar China itu sendiri.
Meski ianya adalah drama sejarah fantasi, rakyat Korea tidak bersetuju elemen tersebut dipamerkan dalam drama sejarah Korea yang mana ia seolah-olah ingin menonjolkan bahawa budaya Korea sebenarnya bermula dari negara besar tersebut.
- Foto – YouTube Kmoovy
Bukan itu saja, salah seorang warga Korea berkongsi komen dan pandangannya terhadap perkara ini di mana ianya bukanlah satu hal yang kecil dan perlu dipandang berat.
Bila mana drama ‘Joseon Exorcist’ bukan saja menggunakan makanan dari negara China malah banyak perkara terperinci lain seperti topi GOT (topi tradisional Korea) tidak gunakan, lagu dan huruf hangeul Korea juga tidak diguna pakai dalam drama.
Campur Tangan Kerajaan China Di Sebalik Tabir
- Foto – Global Times
Selepas isu ini mula tersebar umpama api yang marak, masyarakat Korea mula menyiasat latar belakang krew, pihak produksi dan individu yang memberi dana untuk penggambaran drama ‘Joseon Exorcist’ ini.
Dipetik dari Allkpop, drama ini mendapat dana dari syarikat Jiaping Korea yang merupakan syarikat China bagi cawangan Korea dan pengarah syarikat ini dikenali sebagai Ahn Eun-Joo.
- Foto – Cosmo Ph
Ahn Eun-Joo yang memiliki warganegara China ini telah menetap di Korea sejak 10 tahun lalu, dan siasatan mendapati pengarah syarikat ini juga sebenarnya merupakan pengarah bagi syarikat surat khabar komunis di Korea yang dikenali sebagai Renmin Ribao.
Segala perincian dan elemen China diserap masuk dalam drama secara halus menerusi sentuhan budaya, dan langkah ini membuatkan rakyat Korea berasa marah kerana ini menunjukan kerajaan China cuba campur tangan dalam sejarah Korea.
Pelakon Dan Krew Mohon Maaf
- Foto – Allkpop
Isu panas ini membuatkan para pelakon yang terlibat dalam drama ini memohon maaf kepada orang ramai, dan kemudian disusuli krew-krew produksi drama.
Dipetik dari Soompi, pengarah drama Shin Kyung Soo dan penulis skrin Park Gye Ok berserta pelakon Jang Dong Yoon, Park Sung Hoon, Lee Yoo Bi, Kim Dong Jun, Kam Woo Sung dan para pelakon yang lain memohon maaf terhadap penglibatan mereka dalam drama tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=nx7jTns6eHs
Mungkin bagi segelintir peminat drama Korea merasakan hal ini adalah perkara kecil saja, tetapi masyarakat Korea menitik beratkan isu budaya dan sejarah mereka.
Dan tidak mahu ianya sejarah, makanan, lagu dan elemen Korea diputar belit dalam drama seperti ini, apatah lagi isu makanan dan sejarah Korea-China sangat sensitif.