Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Belajar Dari Siri Drama Penthouse, 5 Perkara Yang Perlu Ibu Bapa Elak

by Sofie Azizlan
March 29, 2021
Foto - Viki

Foto - Viki

17
SHARES
174
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Fenomena siri drama Penthouse ini bukan hanya di Korea, malah hampir seluruh dunia menonton siri drama ini.

Sebagai orang biasa, memang tak dijangka dan tidak boleh dibayangkan babak yang dimainkan dalam siri drama tersebut.

Daripada anak sehinggalah ke ibu bapa, ada juga yang berperangai dan bertingkah laku seperti itu. Sangat menakutkan!

Entri kali ini, Wanista akan kupaskan 5 perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ibu bapa dan perlu dielakkan berdasarkan siri drama Penthouse ini.

Tiada masa untuk anak walaupun sekejap 

Sesibuk mana pun kamu mencari wang demi keluarga dan anak, sebagai ibu bapa kamu perlu meluangkan masa bersama dengan anak walaupun sekejap.

Untuk pengetahuan kamu, masa yang diluangkan bersama anak dapat membuatkan mereka merasakan ibu bapanya mengambil berat mengenai mereka.

Foto – Soompi

Pada masa yang sama, meluangkan masa dengan bertanyakan hari mereka atau melakukan aktiviti bersama dapat memberi kebaikan kepada proses tumbesaran anak-anak.

Tetapi kalau kamu terlampau sibuk dan tidak meluangkan masa dengan anak, jangan hairan kenapa anak-anak kamu makin menjauh dan tidak mahu berkongsi apa-apa dengan kamu.

Sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagian anak

Di dunia ini, tiada ibu bapa yang tidak sanggup untuk berkorban dan lakukan apa sahaja demi kebaikan dan kebahagiaan anak-anak mereka.

Foto – KAvenyou.com

Kalau kamu nak tahu, tak salah untuk berkorban tetapi sebagai ibu bapa janganlah sampai kamu melampaui batas demi kebaikan anak-anak.

Walaupun ada ibu bapa yang tidak kisah untuk lakukan apa sahaja cara asalkan anak dan diri mereka dapat apa yang dimahukan. Tapi sebagai ibu bapa yang baik dan sayangkan anak, lebih baik kamu berpada-pada dalam membahagiakan anak.

Tidak peduli akan minat anak dan tetapkan cita-cita mereka 

Cuba kamu tanyakan ibu bapa mana yang tidak mahukan yang terbaik untuk masa depan anak mereka dan berjaya dalam kehidupan?

Tiada ibu bapa pun yang tidak mahukan perkara tersebut berlaku malah sanggup berbuat apa sahaja demi masa depan anak-anak mereka.

IKLAN

Foto – YouTube

Kalau kamu nak tahu, disebalik kejayaan anak-anak ada sesetengah ibu bapa cuba memaksa dan menetapkan cita-cita mereka.

Tidak mempedulikan minat dan kelebihan anak, ibu bapa jenis ini sering berfikir keputusan dan cita-cita mereka penting dan terbaik untuk anak mereka.

Sentiasa berfikir bahawa anak tidak pernah lakukan kesalahan 

Setiap ibu bapa di dunia ini sayangkan anak-anak mereka. Malah ada yang terlampau sayangkan anak sampai tidak berani untuk marah dan tegur jika melakukan kesalahan.

Ada sesetengah mereka merasakan jika berbuat demikian, anak boleh menjadi memberontak dan makin menjauh dari mereka.

Foto – Otaku Kart

Akhirnya ada ibu bapa yang mengambil keputusan untuk ‘membutakan mata’ dengan menindakkan kesalahan yang dilakukan oleh anak.

Tetapi sebenarnya marah dan tegur itu sebenarnya salah satu bentuk kasih sayang oleh ibu bapa.

Sebagai ibu bapa, kamu boleh mengajar anak perkara yang baik dan salah ketika mereka melakukan kesalahan untuk tidak diulangi lagi.

Tidak memberikan penerangan yang jelas untuk sesuatu perkara 

Untuk pengetahuan kamu, ibu bapa merupakan orang yang pertama yang mengajar anak-anak mengenai kehidupan.

Dalam kehidupan anak, ketika mereka melakukan sesuatu dan kamu melarangnya, kamu perlu menerangkan sebabnya supaya mereka jelas mengenainya.

Foto – Drama Beans

Jika kamu melarangnya dan tidak memberikan penerangan, anak-anak akan menjadi memaksa dan tidak faham, malah boleh hilang rasa hormat terhadap kamu.

Jadi berikan penerangan yang jelas dan sebab mengapa mereka tidak melakukan perkara itu supaya anak-anak tidak salah faham terhadap niat kamu.

Sebagai ibu bapa, memang kita mahukan yang terbaik untuk anak tetapi tak salah untuk mendengarkan minat dan pendapat mereka.

Pada masa yang sama, ibu bapa perlu faham kehidupan anak tidak sama dengan kehidupan kamu. Berikan peluang untuk anak mencorakkan kehidupan mereka.

Tags: 5 perkara ibu bapa perlu elak5 perkara perlu dielakkanibu bapa perlu elak 5 perkaraperkara ibu bapa perlu elaksiri drama penthouse
Share7SendShare

ARTIKELTERKINI

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.