Selalu terbayang minum air Starbucks ditemani haiwan kesayangan kamu?
Kini impian tersebut dapat direalisasikan dengan mengunjungi stor Starbucks di Jaya One, di mana stor cawangan ini menyediakan minuman khas untuk anjing kesayangan pengunjung.
Jaya One, Stor Starbucks Eksklusif Untuk Pemilik Haiwan Peliharaan
- Foto – Flicks
Bagi yang memiliki anjing peliharaan, kamu boleh bawa haiwan kesayangan kamu ke Starbuck Jaya One yang terletak dalam The Square, Jaya One.
Stor cawangan berpusat di Petaling Jaya ini merupakan stor mesra haiwan peliharaan yang eksklusif, untuk pemilik haiwan berehat santai bersama haiwan kesayang masing-masing di outlet berkenaan.
Puppuccino Untuk Si Manja
- Foto – Instagram Sushi The Corgi
Starbucks tawar minuman khas untuk si manja istimewa, di stor ini Starbucks menghidangkan menu minuman Puppuccino bagi pengunjung yang bertandang bersama haiwan peliharaan masing-masing.
Puppuccino yang diisi dalam cawan bersaiz kecil ini, mengandungi krim putar rendah lemak yang berharga RM7 untuk haiwan peliharaan kamu.
Krim putar yang sejuk dan manis ini mengeluarkan aroma susu yang cukup memikat dan menu ini direka khas untuk haiwan peliharaan kamu.
Port Lepak Terbaik Bersama BFF Kesayangan
Baru-baru ini seorang pemilik anjing korgi yang diberi nama Sushi, mengunjungi stor Starbucks di Jaya One bersama anjingnya.
Pengalaman tersebut dirakam dan di muat naik ke laman Facebook milik anjingnya iaitu Sushi, di mana dalam rakaman tersebut pemilik anjing jenis korgi yang diberi nama Sushi itu menjilat krim putar Puppuccino.
Outlet ini merupakan port terbaik untuk lepak dan bersantai bersama haiwan kesayangan, sambil menikmati aroma dan rasa kopi Starbucks!
Jangan Ketinggalan Kunjung The Square Lepas Minum Starbucks!
- Foto – Jaya One
Apa lagi, habiskan masa hujung minggu ini dengan membawa haiwan peliharaan kamu di sini dan jangan ketinggalan meninjau zon mesra haiwan di The Square yang terletak di dalam Jaya One ini.
Zon mesra haiwan setinggi empat tingkat ini menawarkan pelbagai restoran dan kemudahan yang mesra haiwan, semestinya tempat yang wajib kamu kunjungi bersama haiwan kesayangan kamu.
Starbucks: Cawangan Jaya One, Petaling Jaya
Alamat: G.13, The Square, No. 72A, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 10 Pagi – 10 Malam