Menjadi trending dalam pencinta haiwan, tak dinafikan anjing flat-faced memang nampak comel sangat dengan matanya yang membulat dan besar.
Tetapi baka-baka ini seperti English dan French bulldog, pugs serta boxer telah diberi amaran oleh doktor haiwan kerana berbahaya.
Anjing Jenis Flat-Faced Berbahaya?
Untuk pengetahuan kamu, anjing jenis ini bukanlah berbahaya dari segi belaannya, tetapi dari segi pembiakan dan nyawa.
Ini kerana doktor mengatakan pembiakan yang berlebihan boleh menyebabkan haiwan ini boleh buta kerana kebanyakannya tidak boleh menutup mata dengan sepenuhnya.
Pembiakan yang berlebihan akan menyebabkan perubahan bentuk tengkorak anjing. Di mana mata menjadi bengkak dan permukaan wajah akan lebih terdedah.
Kesannya, anjing jenis ini boleh menghadapi trauma, bisul, dan hakisan pada bebola mata yang boleh menyebabkan kehilangan penglihatan atau buta.
Anjing Jenis Ini Hadapi Pelbagai Jenis Masalah
Menurut doktor haiwan, kebanyakan anjing jenis flat-faced ini menghadapi pelbagai jenis masalah berkaitan dengan kesihatan mereka.
Salah satunya adalah pembukaan kelopak mata yang sangat besar (macroblepharon). Situasi ini menyebabkan mata anjing menjadi menonjol dan sangat mustahil untuk haiwan ini menutup matanya.
“Hospital veterinar merawat dengan banyak anjing berketurunan brachycephalic (flat-faced) dengan pelbagai masalah yang disebabkan oleh pembiakan untuk short-nosed flat-faced” ujar doktor veterinar (Irish Veterinary Journal).
Menerusi kajian yang dilakukan, doktor haiwan telah memeriksa pelbagai jenis keturunan dan baka anjing flat-faced dan hampir separuh daripadanya mengalami masalah macroblepharon.
Selain daripada itu, kebanyakan anjing jenis flat-faced ini telah terjejas dengan teruk disebabkan oleh beberapa keadaan seperti:
- Entropion di mana kelopak mata berpusing ke dalam sehingga menyebabkan bulu mata menggosok mata.
- Berlaku ulser pada permukaan bebola sama ada sebelah atau kedua-dua belah mata.
- Corneal pigmentation yang menyebabkan kehilangan penglihatan berlaku disebabkan pigmen coklat kehitaman menutup kornea.
- Corneal fibrosis atau dikenali sebagai parut yang menyebabkan kebanyakan Shih Tzus dan French bulldogs mengalaminya.
- Brachycephalic Airway Obstructive Syndrome yang menyebabkan haiwan ini mengalami masalah pernafasan.
Tak Salah Nak Bela Tapi…
Tak dinafikan anjing yang mempunyai mata yang besar dan bulat membuatkannya menjadi lebih menarik dan comel.
Disebabkan oleh itu, permintaan terhadap anjing jenis flat-faced menjadi tinggi dan semakin popular dalam kalangan pencinta haiwan.
Untuk pengetahuan kamu, tak salah untuk membela anjing jenis ini tetapi sebagai pencinta haiwan kamu perlu tahu betapa pentingnya melakukan pembiakan yang bertanggungjawab.
Selain itu, kamu perlu melakukan diagnosis awal dan pemeriksaan mata secara teratur bagi mengelakkan dan merawat jika haiwan ini mempunyai simptom untuk buta.
Jika anjing peliharaan kamu terutamanya anjing flat-faced menghadapi beberapa simptom dan penyakit, segera berjumpa dengan doktor haiwan bagi merawatnya untuk elakkan beberapa risiko kesihatan seperti buta.