Libresse, jenama tuala wanita pilihan wanita Malaysia telah melancarkan Libresse SensitiV.
Rangkaian penjagaan feminin yang pertama di Malaysia yang diperakui hipoalergenik dan diuji secara dermatologi dengan 0% alergen biasa, wangian dan pewarna.
Keseluruhan rangkaian terdiri daripada pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim menawarkan penjagaan paling lembut untuk vulva dan Zon-V yang halus.
Kenali Kawasan Vulva
Siapa tahu vulva?
Vulva adalah bahagian luaran bahagian intim, yang sentiasa bersentuhan dengan seluar dalam, liners dan pad. Oleh kerana ia terdiri daripada tisu mukosa, maka ia tiada halangan pelindung dan mudah mengalami iritasi.
Memandangkan vulva sangat mudah terdedah kepada bahan iritasi, secara semulajadi kita akan memilih pakaian dalam dan produk penjagaan feminin yang menyediakan penjagaan lembut dan tidak merengsakan bahagian intim.
- Foto – Libresse
Satu ujian Libresse, mendapati tujuh dalam 10 wanita Malaysia menyedari kulit vulva adalah sangat halus, dengan 86 peratus tahu bahawa vulva mudah mengalami iritasi disebabkan faktor-faktor seperti geseran, kelembapan berlebihan, pertumbuhan bakteria buruk, wangian dan pewarna.
Apa Yang Libresse SensitiV Tawarkan
Semua pad Libresse SensitiV direka khas dengan teknologi SecureFit yang dipatenkan, berdasarkan kontor badan wanita untuk padanan sempurna dan digabungkan dengan Saluran DFC (Deep Flow Channel) yang pantas menyerap, bagi mencegah kebocoran supaya pengguna rasa lebih kering dan selesa.
- Foto – Libresse
Libresse SensitiV menekankan perkara-perkara berikut:
Hypoallergenic
Sebagai tindak balas kepada kebimbangan dan keperluan yang semakin meningkat ini, Libresse memperkenalkan rangkaian SensitiV yang diuji secara dermatologi dan diperakui hipoalergenik.
Finest Filament Fibers
Kesemua pad dan liner Libresse SensitiV mempunyai lapisan atas yang diperbuat daripada fiber yang 30% lebih halus daripada lapisan atas konvensional. Ini akan mengurangkan geseran, untuk lebih keselesaan.
3x Breathability
Libresse SensitiV mempunyai 3x pengudaraan yang lebih baik untuk meningkatkan kekeringan, dan membantu menghalang pertumbuhan bakteria buruk.
Ph Balanced
Pencuci dan tisu basah intim Libresse SensitiV direka khas untuk mengekalkan keseimbangan pH vulva yang optimum, yang secara semulajadinya lebih berasid (antara 3.5 ke 4.5).
- Foto – Libresse
Semua rangkaian Libresse SensitiV boleh didapati di pasaraya atau farmasi seluruh negara dari RM3.90-RM20.30.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.libresse.com.my, ikuti Libresse di media sosial media di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau IG (@Libresse_my).