Kedatangan bulan Syaaban tidak begitu diingati dalam kalendar bulan Islam, kerana kebanyakannya hanya mengingati bulan Ramadhan dan bulan Syawal.
Walhal bulan Syaaban ini sangat banyak fadhilat dan kebaikannya berbanding bulan-bulan Islam yang lain, sangat rugi jika kaum hawa tidak rebut keistimewaan dalam bulan Syaaban ini dengan melakukan ibadah puasa sunat Syaaban.
Nak tahu apakah kelebihannya jika kamu mengamalkan puasa sunat Syaaban, ikuti kupasan sepenuhnya di bawah.
Diangkat Tinggi Amalannya
- Foto – Islamic Help
Tahu tak sebenarnya, Rasulullah SAW sangat suka pada bulan Syaaban kerana pada bulan inilah Allah S.W.T mengangkat tinggi segala amalan hambanya.
Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, terdapat hadis-hadis yang menceritakan kelebihan berpuasa sunat pada bulan Syaaban.
Daripada Usamah bin Zaid RA, beliau berkata: “Wahai Rasulullah, aku tidak pernah lihat engkau berpuasa pada satu bulan sebagaimana engkau berpuasa di dalam bulan Syaaban?”
Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Itu bulan yang mana manusia sering lalai padanya, iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan.
Bulan itu adalah bulan yang diangkat amalan kepada Tuhan semesta alam. Maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.” Hadis riwayat Al-Nasa’ie, Kitab Puasa, Bab Puasa Nabi SAW, no.Hadis 2317
Sang Pencipta Mengampuni Dosa Hambanya
- Foto – Toronto Star
Berpuasa sunat dalam bulan Syaaban bukan saja diangkat tinggi amalannya, malah ia juga merupakan peluang bagi kita semua untuk mendapatkan pengampunan yang Maha Esa dan menghapuskan segala dosa-dosa yang pernah kita lakukan sepanjang perjalanan kehidupan.
Dibuka Pintu Rezeki
- Foto – The Faith
Bukan itu saja, mereka yang melakukan amalan berpuasa sunat Syaaban dan kemudian memohon rezeki kepada yang Maha Esa nescaya akan dibukakan pintu rezeki untuknya.
Menambah Bekal Pahala
- Foto – Time Magazine
Seperti sedia maklum, bulan Syaaban merupakan bulan yang diangkat tinggi amalan ibadahnya ke sisi Allah S.W.T.
Jesteru itu, dengan melakukan puasa sunat dalam bulan ini memberi peluang untuk diri menambah bekal pahala untuk diri yang kemudiannya diangkat tinggi di sisi Allah S.W.T.
Diharamkan Tubuhnya Dari Api Neraka
- Foto – The New Arab
Jika kamu tubuh badan dari panas api neraka maka dengan berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban, dapat melindungi diri dan diharamkan tubuh badan kamu dari api neraka yang panas dan marak.
Dapat Pahala Seperti 70 Orang Nabi & Umpama Beribadah 70 Tahun
- Foto – Discover Islam Kuwait Portal
Kalau berpuasa sunat sehari dalam bulan Syaaban di beri kelebihan diharamkan tubuh dari azab api neraka, maka jika kamu berpuasa tiga hari pada permulaan bulan Syaaban, tiga hari pada pertengahan bulan dan tiga hari pada akhir bulan.
Maka kamu akan mendapat pahala seperti 70 orang nabi Allah S.W.T, bukan itu saja dengan melakukan puasa sunat Syaaban ini juga seolah-olah kamu beribadah selama 70 tahun.
- Foto – Legit
Tak sangka banyak sebenarnya kelebihan jika berpuasa dalam bulan Syaaban ini, oleh itu kaum hawa perlu rebut keistimewaan ini sementara kita semua dalam bulan Syaaban.
Selamat beramal♥