Memang betul mekap bukan penyebab jerawat. tapi pernah tak terfikir cara kamu aplikasi setiap alatan ketika mekap, mungkin penyumbang utama.
Berus yang kamu guna, atau mungkin tangan kamu sendiri tidak bersih menyebabkan bakteria terkumpul dan hinggap ke muka.
Bila liang pori tersumbat dengan bahan-bahan yang merengsakan, lantas mengakibatkan jerawat, bintik hitam dan jerawat.
Kamu Tak Prep Muka
Sebelum mula mekap, penting untuk kamu prep muka terlebih dahulu. Cuci, toner, pelembap, krim pelindung dan primer supaya mekap tetap. Di samping memberi perlindungan terhadap radikal bebas.
- Foto – Self
Mempersiapkan kulit dengan rutin penjagaan sebelum mekap adalah cara termudah untuk mengelak daripada berlakunya kejadian liang pori tersumbat.
Berus Dan Span Kamu Guna Kotor
Tahu mekap tapi alatan mekap tak dihiraukan. Rela guna berkali-kali tanpa mempedulikan soal kebersihan.
- Foto – Hypebae
Kamu kena ingat, alat dan aplikator solekan yang kotor dan jarang dicuci menjadi ‘rumah’ kepada banyak jenis bakteria, minyak, debu halus dan kekotoran yang tidak dapat dilihat mata kasar.
Bila Kamu Mekap Guna Jari
Ada antara kita memilih untuk mekap menggunakan jari kerana lebih mudah dan mesra. Tapi, jika tidak dilakukan dengan tangan yang bersih, tiada gunanya juga.
- Foto – Beautiful
Jari kita membawa banyak kuman dan pemakaian mekap menggunakan medium ini boleh merengsakan kulit.
Cuba Elak Kongsi Alatan Mekap
Di sini maksudnya, alatan mekap seperti berus atau span yang kamu gunakan.
- Foto – Sakura Collagen
Perkongsian alat solek dengan orang lain berisiko meningkatkan pembiakan bakteria dan pengumpulan minyak dan hasilnya mendatangkan jerawat.
Bila Mekap Tak Dicuci Bersih
Ingat, jangan sesekali tidur tanpa mencuci mekap terlebih dahulu. Tidur dengan muka mekap hanya akan meningkatkan risiko liang pori tersumbat, menyebabkan jerawat dan bintik-bintik hitam.
Walaupun kamu letih, cuci mekap dengan sebersihnya baru kulit rasa segar bernafas.
Setiap hari kita mekap, tapi masih ramai lagi yang memandang enteng soal kebersihan. Asal muka cantik, benda lain dah tak penting.
Sentiasa jaga kebersihan okay. Selamat beramal!