Saturday, April 10, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Info Menarik

‘Satan Shoe’ Lil Nas X Sold Out, Kecoh Ada Campuran Darah Manusia?

by Sofie Azizlan
March 31, 2021
Foto - BBC

Foto - BBC

7
SHARES
74
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Memang kecoh baru-baru ini, Lil Nas X telah mengeluarkan musik video terbaru yang sepenuhnya menggambarkan identitinya sebagai gay.

Selain itu, muncul beberapa kontroversi melibatkan kolaborasi Lil Nas X dan MSCHF Product Studio Inc. seperti pihak Nike mula menyaman ‘Satan Shoe‘, isu darah manusia digunakan dan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Kalau kamu nak tahu lebih lanjut, teruskan membaca sehingga habis.

Foto - Arkib Wanista

Nike Guna Sampah, Hasil Kasut Space Hippie Yang Cool

June 10, 2020
Foto - Arkib Wanista

Atlet Nak Ke Pakai Kasut Macam Kapal Angkasa Ni?

February 7, 2020

‘Satan Shoe’ habis dijual dalam tempoh yang singkat 

Terkenal dengan lagu “Old Town Road”, Lil Nas X telah berkolaborasi dengan sebuah syarikat streetwear iaitu MSCHF Product Studio Inc.

Hasil kolaborasi tersebut, mereka telah mengeluarkan sepasang kasut yang hanya dijual dengan jumlah yang terhad sahaja yang dipanggil sebagai “Satan Shoe“.

Foto – Hype Beast

Untuk pengetahuan kamu, “Satan Shoe” ini merupakan kasut Nike Air Max 97s yang telah diubah suai dan dimasukkan beberapa elemen baharu.

Dibuat sebanyak 666 pasang sahaja dimana nombor ‘666’ membawa maksud iblis atau syaitan di dalam kitab Bible. Kasut ini dikeluarkan dalam warna hitam yang mempunyai sentuhan sedikit warna merah seperti melambangkan syaitan.

Foto – TMZ / The New York Times

Pada masa yang sama, ‘Satan Shoe‘ ini mempunyai pentagram charm yang digantung dan mempunyai tulisan “Lukas 10:18” yang membawa maksud “Saya menyaksikan Syaitan jatuh dari syurga seperti kilat”.

‘Satan Shoe’ ada darah manusia?

Dijual dengan harga RM 4229.28 sepasang, ‘Satan Shoe‘ ini habis dijual dalam masa yang singkat sejak dikeluarkan pada hari Isnin baru-baru ini.

Memasukkan aspek kejahatan dalam kasut ini, sebanyak 6 orang pekerja MSCHF telah memberikan darah mereka untuk digunakan di dalam kolaborasi ini.

IKLAN

Foto – Input Mag / TMZ

“Kasut ini mengandungi setitis darah yang dicampurkan dengan dakwat yang mengisi gelembung udara di dalam sneaker ini”, ujar Daniel Greenberg iaitu salah seorang pengasas MSCHF.

Sebelum ‘Satan Shoe‘, pihak MSCHF juga telah mengeluarkan sepasang kasut yang digelar sebagai ‘Jesus Shoe’ di mana kasut ini mengandungi air suci yang diambil dari Sungai Jordan.

Foto – ABC11 / World Footwear

Melihatkan kolaborasi ini, ramai pihak terutamanya pengguna menyatakan rasa marah mereka dan mula ‘menyerang’ Nike disebabkan oleh penggunaan kasutnya iaitu Nike Air Max 97s.

Nike nafikan kolaborasi dan mula saman pembuat kasut ‘Satan Shoe’

Melihatkan kontroversi melibatkan kasut Nike Air Max 97s, pihak Nike telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak terlibat dengan kolaborasi tersebut.

“Kami tidak mempunyai hubungan dengan Lil Nas X atau MSCHF. Nike tidak mereka atau menjual kasut ini. Dan pihak kami tidak menyokongnya”, ujar pihak Nike.

Pada masa yang sama, Daniel juga menyatakan Nike tidak pernah terlibat dalam proses tersebut dan mereka tidak pernah meminta kebenaran daripadanya.

Foto – Input Mag / ASOS

Sejurus itu, Nike mula menyaman MSCHF dengan tuduhan “MSCHF telah mengeluarkan ‘Satan Shoe‘ yang cenderung menimbulkan kekeliruan dan mewujudkan hubungan yang salah antara produk MSCHF dan Nike”.

Nike juga mengatakan ada beberapa pengguna tersinggung dan mula memboikot jenamanya disebabkan kekeliruan yang wujud kerana ‘Satan Shoe‘ mempunyai simbol tanda dagangan mereka.

Seiring dengan kontroversi yang kecoh dalam kalangan orang awam, Lil Nas X mengambil peluang ini dengan mempromosikan musik video terbarunya iaitu “Montero (Call Me By Your Name)”.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: jesus shoe mschflil nas xmschf product studio incnikenike samannike saman mschfnike saman satan shoesatan shoe lil nas xsatan shoe nike
Share3Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Puasa Nak Dekat Tapi Selalu Sakit Kepala, Apa Nak Buat?

Kulit Jadi Merengsa Lepas Pakai Bra, Ini Mungkin Penyebabnya

5 Kedai Online Tawar Busana Raya Murah Dan Berbaloi Kamu Pakai

Nak Terawih Nanti, Putihkan Telekung Yang Kekuningan Dengan Cara Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.