Percaya atau tidak ramai sebenar yang memilih untuk hidup sendirian, apatah lagi dengan kesibukan kerja di bandar dan gaya hidup tanpa bebanan berkeluarga menjadi suatu norma biasa bagi kaum lelaki dan wanita zaman moden ini.
Itu adalah hakikatnya dan kini semakin ramai yang memilih untuk menjalani kehidupan secara bersendirian setelah memikirkan pelbagai faktor dan aspek kehidupan lain.
- Foto – Pinterest
Bagi yang ingin hidup bersendirian apa yang penting adalah mengenai pengurusan kewangan, kawalan terhadap isu wang sangat penting jika kamu ingin menjalani gaya hidup yang bebas tekanan kewangan!
Berikut beberapa tips pengurusan kewangan yang boleh kamu guna pakai, tatkala menjalani kehidupan sendirian di bandaraya yang sibuk ini.
#1 Senaraikan Bil Penting
- Foto – Deskera
Tiada apa yang penting apabila tinggal sendirian, selain mengira bil-bil penting yang perlu dilunaskan setiap bulan! Ya, kamu perlu senaraikan kesemua bil-bil yang perlu di bayar seperti:
- Bil rumah (jika duduk menyewa atau beli rumah dan perlu bayar secara bulanan)
- Bil api dan air
- Bil utiliti (jika ada)
- Bil internet
- Bil astro (jika ada)
- Bil kenderaan (jika ada dan masih tak habis bayar bulanan)
- Bil cukai dan insuran kenderaan
- Bil-bil lain yang kamu miliki dan perlu dibayar setiap bulan
- Foto – Rojak Daily
Dengan menyenaraikan bil-bil yang kamu perlu bayar, kamu dapat peruntukkan wang untuk bil-bil berkenaan dari awal agar tidak bercampur-aduk untuk kegunaan lain.
Apabila hidup bersendirian perkara seperti ini perlu menjadi keutamaan, agar kamu tidak bergelumang dengan hutang-piutang dan kamu peka yang mana satu perlu dibayar mengikut tarikh pembayaran bil-bil yang kamu ada.
#2 Asingkan Wang Kecemasan
- Foto – Freepik
Meski kamu hidup bersendirian, kamu juga perlu asingkan wang untuk kegunaan masa kecemasan kelak kerana kita tidak dapat menjangka apa yang akan berlaku di masa hadapan, betul tak?
Lagipun tiada salahnya menyimpan wang untuk kecemasan, kerana kamu boleh bersedia jika berlaku situasi yang mana kamu memerlukan wang segera.
#3 Peruntuk Wang Simpanan Persendirian
- Foto – Asianone
Selain kamu perlu peruntukan wang untuk kegunaan kecemasan, kamu juga perlu peruntukkan wang untuk simpanan peribadi.
Memanglah kamu ada wang simpanan KWSP, tapi dengan duit gaji yang ada tak salah pun untuk kamu bajetkan RM100 sebulan untuk menyimpan,betul tak?
#4 Bajet Perbelanjaan Sebulan
- Foto – Top Trends Guide
Setelah mengasingkan wang untuk bayaran bil, simpanan untuk peribadi dan kecemasan, barulah kamu melihat baki wang gaji yang ada.
Dari situ, kamu buat bajet perbelanjaan untuk sebulan dengan meliputi:
- Belanja makan sewaktu kerja
- Belanja dapur
- Belanja tambang (jika pergi kerja menaiki kenderaan awam)
- Belanja minyak kenderaan (jika pergi kerja menaiki kenderaan sendiri)
- Belanja membeli-belah dan keperluan rumah
Seelok-eloknya berbelanjalah dengan berhemah, apatah lagi menjalani kehidupan di bandaraya yang sibuk seperti di Kuala Lumpu, Putrajaya dan Selangor ini memerlukan kos kehidupan yang tinggi juga.
#5 Pilih Pakej Insuran Diri
- Foto – Asia Insurance
Siapa kata hidup solo tak perlukan insuran?
Tahu tak, sebenarnya hidup sendirian lagilah kena ambil insuran dan ianya penting untuk melindungi diri serta masa depan kamu.
Oleh itu, pilihlah pakej insuran yang dapat melengkapi aspek kesihatan dan perubatan, hayat, kemalangan peribadi dan sebagainya untuk melindungi diri kamu sendiri.
#6 Melabur Untuk Kesenangan Jangka Panjang
- Foto – Usahawan
Jika kamu mempunyai bajet lebih, kamu boleh cuba intai-intai skim pelaburan yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan seperti Maybank, CIMB, Hong Leong, ASNB dan sebagainya.
Kerana melabur dengan bayaran yang sederhana, tetapi dari beri pulangan yang menguntungkan pada hujung tahun adalah berbaloi untuk menambah sumber kewangan kamu juga.
Yang penting kamu bijak memilih pelaburan yang bagus dan kamu juga mampu bayar jumlah pelaburan tersebut pada setiap bulan.
#7 Elak Buat Pinjaman Bank Jika Tiada Keperluan Penting
- Foto – The Malaysian Reserve
Kadang-kala apabila tinggal bersendirian, kamu juga mudah terpengaruh dengan ajakan pemasaran yang menawarkan pinjaman yang banyak dengan jumlah bayaran semula yang rendah setiap bulan.
Jika kamu tiada keperluan penting, dielakkan dari membuat sebarang pinjaman tetapi jika kamu memerlukan pinjaman yang banyak untuk kegunaan perniagaan dan urusan penting.
Maka kamu harus peruntukkan wang bayaran semula yang mencukupi ,dan pastikan ia tidak mengganggu peruntukan wang yang lain.
- Foto – The Motley Tool
Diharap segala perkongsian dan tips yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kamu, selamat beramal♥