“Wow, berserinya muka kau nampak lain dari sebelum ini. Kau pakai produk apa?”
Bangga sekejap dalam hati bila ada yang bertanya begitu kepada diri kamu, ya lah usaha keras kamu untuk milik wajah cantik berseri akhirnya membuahkan hasil bila mana ada yang menegur perubahan di wajah.
Rahsianya sebenarnya ada pada produk Kiehl’s ini, jenama ini sudah tidak asing lagi dalam dunia kecantikan kerana ramai wanita yang menggunakan produk dari Kiehl’s ini menyatakan keberkesanannya.
Nak tahu produk mana yang paling berkesan dan mendapat banyak review, jom selongkar di bawah!
#1 Ultra Facial Cleanser
- Foto – Kiehl’s
Jika kamu inginkan bersihkan kulit wajah hingga meresap masuk ke dalam liang pori, maka pencuci muka ini adalah senjata utama kamu kerana ia dapat membersih permukaan dan dalam kulit secara berkesan.
Fungsi: Pencuci muka ini dapat menanggalkan kotoran, minyak, membersihkan kesan mekap tanpa membuang minyak semulajadi kulit, dan produk ini juga telah diuji selamat untuk digunakan serta menyeimbangkan nilai pH kulit wanita.
Tips cantik: Untuk mendapatkan kelembapan kulit yang optimum, digalakkan menggunakan produk koleksi Ultra Facial yang lain barulah wajah tampak segar, bersih, dan kekal lembap sepanjang masa.
Harga: RM97.00 [BELI]
#2 Ultra Facial Cream
- Foto – Kiehl’s
Kamu mahu kulit wajah tetap anjal dan kekal lembap bak kulit wajah masa zaman remaja?
Nah, gunakan krim Ultra Facial Cream ini untuk kunci kelembapan wajah sepanjang hari tanpa perlu risau masalah kulit kering.
Fungsi: Krim ini akan bekalkan kelembapan pada kulit wajah selama 24 jam dengan 2.3 kali kuasa kelembapan, apatah lagi teksturnya yang ringan dan cepat menyerap memudahkan kulit mengunci kelembapan dari dalam.
Tips cantik: Selepas mencuci muka, gunakan krim ini pada wajah dan lakukan rutin ini setiap hari untuk dapatkan kulit kekal lembap dan segar.
Harga: RM132.00 [BELI]
#3 Super Multi-Corrective Cream
- Foto – Kiehl’s
Impian ingin miliki kulit yang flawless, tegang, anjal, lembut, dan bersinar bukan lagi satu mimpi, di mana krim ini dapat realisasikan apa yang kamu inginkan dengan berkesan dan selamat digunakan.
Fungsi: Krim ini mampu melawan tujuh tanda penuaan dengan menggunakan kandungan formula khas, seperti PhytoMimetic, Vitamin A, ProxylaneGX, dan cendawan Chaga.
Bahan-bahan ini dapat membantu menghilangkan garis halus dan kedutan, menegangkan kulit yang kendur, serta mengembalikan keanjalan kulit wajah seperti zaman remaja.
Tips cantik: Jika kamu ingin dapatkan wajah awet muda, disarankan untuk menggunakan rangkaian penjagaan wajah ini pada waktu siang dan malam
- Serum Powerful-Strength Line Reducing Concentrate [BELI]
- Serum Clearly Corrective Dark Spot Solution [BELI]
- Ultra Light Daily UV Defense SPF 50 PA ++++ Wit Anti-Pollution [BELI]
- Serum Midnight Recovery Concentrat [BELI]
Harga: RM272.00 [BELI]
#4 Hydro-Plumping Re-Texturizing Serum Concentrate
- Foto – Kiehl’s
Tertekan lihat kulit muka selalu tidak bermaya, kelihatan letih dan kusam? Jangan risau, segala masalah yang kamu alami dapat diatasi dengan menggunakan serum handal ini.
Fungsi: Serum ini diperkaya dengan 15 peratus sumber tumbuhan seperti Glycerin dan ekstrak daun Shiso, yang mana ia dapat membekalkan kelembapan secara mendalam kepada kulit wajah disamping menangani tanda penuaan.
Tips cantik: Selepas mencuci muka menggunakan pencuci Kiehl’s dan menggunakan pelembap muka Ultra Facial Cream, kamu sapukan serum ini pada keseluruh wajah dan leher. Jadikan rutin ini sebagai amalan setiap hari kamu untuk miliki wajah muda dan sihat.
Harga: RM228.00 [BELI]
#5 Calendula Herbal Extract Alcohol-Free Toner
- Foto – Kiehl’s
Lepas ini tiada lagi bendasing di muka, habuk, hama, kotoran degil, dan minyak, tatkala membersihkan wajah dengan toner herba istimewa ini.
Fungsi: Toner herba dengan ekstrak bunga Calendula ini dapat membersihkan permukaan kulit wajah secara menyeluruh, dan dalam masa yang sama dapat menenangkan bahagian kulit yang bermasalah dengan berkesan.
Tips cantik: Ambil kapas muka dan tuang toner di atas kapas, kemudian bersihkan kulit muka secara lembut dan elakkan dari terkena kawasan mata. Guna toner setiap hari untuk dapatkan kulit yang bersih.
Harga: RM160.00 [BELI]
- Foto – Kiehl’s
Bagi yang ingin dapatkan produk-produk penjagaan kecantikan dari Kiehl’s dan tidak mahu ketinggalan sebarang promosi dan hebahan terkini, senang saja caranya ikuti ini:
Lepas ini tak ada lagi keluhan wajah kusam, tua, tak bermaya dan sebagainya, dengan menggunakan produk penjagaan kecantikan dari Kiehl’s ini kamu pasti boleh miliki wajah idaman.
Selamat beramal♥