Kamu setuju tak kalau Wanista cakap ada jerawat di muka lebih baik berbanding dengan jerawat di bahagian badan?
Kadang kala nak buka baju atau pakai pakaian kesukaan seperti bikini atau spaghetti dress mesti rasa malu sangat dan tidak berkeyakinan. Tambah-tambah lagi bila ada jerawat di punggung.
Lagilah rasa tak selesa, gatal-gatal dan kulit punggung jadi merengsa bila terkena dengan pakaian. Sama seperti muka, punggung juga perlu diberi perhatian dan dirawat untuk mengelakkan daripada dinaiki jerawat.
Jika punggung kamu ada jerawat dan tak tahu nak guna produk yang mana, baca entri ini sampai habis okay?
Macam mana jerawat boleh ada di punggung?
Untuk pengetahuan kamu, jerawat di punggung sangat berbeza dengan jerawat di muka.
Jerawat di punggung berlaku disebabkan oleh folliculitis iaitu Staphylococcus aureus atau staph bacteria mula menjangkiti folikel rambut.
Kebiasaannya staph bacteria ini hanya hidup di bahagian permukaan kulit sahaja tanpa menimbulkan permasalahan. Tetapi apabila ia masuk ke dalam kulit dan mula pecah, staph bakteria ini boleh menjangkiti folikel rambut.
Rupa jerawat di punggung ini nampak sama seperti jerawat biasa iaitu merah di bahagian atas dan mempunyai nanah di bahagian dalamnya.
5 produk yang boleh ‘mematikan’ jerawat di punggung
Bagi kamu yang tidak tahu apakah yang sesuai untuk menghilangkan dan mematikan jerawat di punggung, Wanista syorkan beberapa jenis produk ini.
-
COSMODERM Tea Tree Oil Shower Gel [RM 12.74]
-
T3 Acne Body Wash [RM 14.89]
-
SEBAMED Liquid Face & Body Wash [RM 28.30]
-
PYUNKANG YUL Acne Spot Cream [RM 47.00]
-
THE BODY WASH Tea Tree Skin Clearing Body Wash [RM 47.50]
-
SOME BY MI AHA-BHA-PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser [RM 59.00]
Jerawat di punggung ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina dan usia. Sekiranya kamu mempunyai jerawat di bahagian ini, pertimbangkan beberapa produk tersebut.
Jika tidak berkesan dan bertambah teruk, segera berjumpa dengan doktor untuk merawatnya. Selamat mencuba ♥