Siapa sahaja yang tak suka pakai produk kecantikan seperti foundation yang boleh menutup segala cela di wajah dengan sempurna?
Di TikTok dan Instagram, viral apabila beberapa beauty experts mula berkongsi dan berikan pendapat mengenai satu produk foundation balm ini.
Memang hilang dan tutup segala cela termasuklah dark circle, parut dan sebagainya dalam beberapa sapuan sahaja.
Best! Tekstur sangat ringan dan full coverage
Selepas beberapa hari dilancarkan, Good Apple Skin-Perfecting Hydrating Foundation Balm ini menjadi viral di media sosial dan menjadi salah satu benda ‘wajib’ untuk setiap wanita ada.
Foundation balm yang viral ini dihasilkan oleh jenama KVD Beauty yang diasaskan oleh seorang tattoo artist iaitu Kat Von D.
Tekstur yang sangat ringan dengan kemasan fresh matte, foundation balm ini dapat memberikan full coverage dalam sekelip mata dengan hanya beberapa sapuan sahaja.
Untuk pengetahuan kamu, foundation balm ini 100% boleh dikitar semula dan dijual dalam 40 warna yang berbeza mengikut warna kulit pengguna.
Pada masa yang sama, formula foundation balm ini adalah vegan dan ditambahkan sedikit dengan ekstrak epal.
Ramai yang suka foundation balm ini
Menerusi perkongsian beberapa pengguna di media sosial, foundation balm oleh jenama ini telah memberikan mereka ‘kejutan’ yang tidak disangka.
Bukan sahaja dark circle dan parut jerawat, malah kemerahan di wajah sehinggalah pigmentasi boleh ditutup dengan produk ini tanpa wajah berasa berat atau berminyak selepas lama memakainya.
Selamat Tinggal Dark Cicle
Seorang pengguna TikTok, Kristen Green mengatakan foundation balm ini telah membantu dirinya menutup dark circle dalam beberapa sapuan sahaja.
@misskrissym #stitch with @glamzillaxo KVD NEW FOUNDATION IS…😱 @kvdbeauty #kvd #kvdbeauty #foundation #newmakeup
Tak Ada Masalah Untuk Tutup Hyperpigmentation
“Saya mempunyai hyperpigmentation yang sangat banyak dan sekarang saya tidak memakai sebagai filter di wajah”
Menurut seorang makeup artist, Meghan Grant telah menggunakan foundation balm ini untuk kali pertama dan mencuba untuk menutup hyperpigmentation di wajah.
@meghanbstudios ARE YOU KDDING ME @kvdbeauty ?!?! #EnvisionGreatness#kvd#kvdbeauty#kvdfoundation#makeup#makeupmusthave#beautyhack#fyp#foundation#makeuptiktok#beauty
Melihatkan hasilnya, dia berasa sangat terkejut dengan tekstur yang ringan tersebut boleh menutup hyperpigmentation di wajah dengan sempurna.
Nak Tutup Kemerahan Di Wajah Pun Boleh
Manakala seorang beauty influencer, Glamzilla juga memuji foundation balm ini sama seperti orang lain.
“Wow! Produk ini telah menutup semua kemerahan di wajah saya. Sangat full coverage dan ringan!”
Pada masa yang sama, Glamzilla juga mengatakan produk ini seperti merasakan velvet di atas kulit wajah.
Boleh Juga ‘Buang’ Tatu
Perkongsian oleh anak perempuan Travis Barker iaitu Alabama juga tidak terlepas daripada menggunakan foundation balm ini.
https://www.instagram.com/tv/CNDdn9Uh_xl/?utm_source=ig_embed
Menerusi video yang dikongsi itu, Alabama cuba menutup tatu di bahagian wajah ayahnya dengan menggunakan foundation balm tersebut.
Memang menakjubkan bila lihat hasilnya kan? Tak perlu lagi pakai concealer dan hanya gunakan foundation balm ini sahaja memang tertutuplah segala cela di wajah!