“Nah, tengok guna kanta pembesar inilah ulat resdung yang selalu buat kamu rasa gatal-gatal dan hidung berair, dah selesai buat rawatan beberapa kali nanti hilanglah resdung itu.”
Rasanya dialog seperti ini, sering kali kita dengar tiap kali berkunjung ke pusat rawatan resdung dari pengamal tradisional bukan?
Ironiknya, ulat yang disangka merupakan ulat resdung itu sebenarnya adalah ulat dari perut lipas! Bagi yang nak mengetahui lebih lanjut, ikuti kupasan penuh di bawah.
Bukan Resdung, Tapi Ulat Dari Perut Lipas!
- Foto – South China Morning Post/IV Mist
Doktor Samhan berkongsi fakta sebenar mengenai rulat resdung menerusi video yang di muatnaik di akaun Instagramnya (@dr_samhan), dan ternyata apa yang diberitahu oleh doktor Samhan ini sebenarnya lain dari pengetahuan yang disuapkan kepada masyarakat.
Untuk makluman semua ulat resdung yang disangka keluar dari kulit hidung dan muka ketika membuat rawatan resdung itu, sebenarnya adalah ulat dari perut lipas tanah yang disapukan oleh pengamal tradisional sebelum memulakan rawatan resdung.
Histamine Keluar Dari Badan Penyebab Resdung Berlaku
- Foto – The Dempster Clinic/Liputan6
Berdasarkan video perkongsian dari doktor Samhan, resdung atau Allergic Rhinitis berlaku kerana Histamine keluar dari tubuh manusia.
Lalu menyebabkan simptom-simptom seperti:
- Hidung berair
- Bersin
- Gatal hidung
- Keluar kahak kuning/hijau
Komplikasi Resdung Yang Serius
- Foto – Mayo Clinic
Apabila terjadinya simptom-simptom seperti di atas, doktor Samhan berkata akan berlaku komplikasi-komplikasi serius pada individu selepas 12 minggu mengalami resdung.
Di mana selepas 12 minggu mengalami Allergic Rhinitis (resdung), individu tersebut akan mengalami Chronic Sinusitis atau Acute Sinusitis yang mana gejalanya lagi teruk seperti:
- Kerap sakit kepala
- Hidung berair
- Kerap bersin
- Mata berair
- Rasa tak selesa dan gatal-gatal
- Keluar kahak
Berisiko Diserang Masalah Otitis Media
- Foto – Nature
Bukan itu saja, individu resdung juga boleh terdedah kepada masalah yang lebih serius di mana selepas mengalami masalah resdung Acute Sinusitis atau Chronic Sinusitis pesakit boleh diserang dengan masalah Otitis Media.
Otitis Media menyerang apabila terdapat jangkitan berlaku di dalam telinga lalu mengeluarkan ia nanah, dan semua ini merupakan kesan komplikasi masalah resdung Chronic Sinusitis atau Acute Sinusitis yang serius.
Tiada Rawatan Tapi Boleh Cegah
- Foto – Pinterest
Berdasarkan perkongsian dari doktor Samhan, tiada rawatan yang boleh merawat sepenuhnya masalah resdung ini. Tetapi ianya boleh dicegah agar histamine kurang atau tidak keluar dari tubuh lalu menyebabkan masalah resdung berpanjangan.
Ini cara pencegahannya:
- Jika ada alahan pada haiwan yang berbulu, elakkan dari bermain dengan haiwan berbulu.
- Jika ada alahan pada habuk, cegahnya dengan memakai pelitup muka agar habuk tak masuki hidung.
- Jika ada alahan terhadap makanan laut, elakkan dari memakan makanan tersebut.
- Jika ada alahan terhadap bantal dan selimut berbulu, gantikan dengan material fabrik yang lain.
Ambil Ubat Anti Resdung
- Foto – Pinterest
Selain mencegah, pengambilan ubat anti resdung juga dapat membantu membantu mengawal masalah resdung yang dialami.
Ini antara jenis-jenis ubat anti resdung yang boleh digunakan:
- Loratadine Allergy Relief (Ubat ini tidak mengantuk).
- Piriton Allergy Tablets (Ubat ini mengantuk)
- Nasal Decongestant (Ubat ini tidak mengantuk)
- Nasonex Allergy (Ubat ini tidak mengantuk)
Bagi yang mengalami masalah resdung, disarankan agar kamu elak melakukan perkara-perkara yang telah disenaraikan diatas.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, selamat beramal♥