Dengar sahaja ada selebriti mahu berkahwin dan mendirikan rumah tangga, tak dinafikan ramai yang menunggu untuk melihat majlis akad nikah dan resepsi mereka.
Bukan apa, majlis akad nikah mahupun resepsi mereka pasti akan mengagumkan orang ramai. Memang cantik sangat dan tak terbayang dek akal.
Malah mereka juga akan menjadi perhatian dan tumpuan orang ramai mengenai pakaian yang dipakai, tema yang digunakan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai rujukan masa akan datang.
Bagi kamu yang mahu jadikan beberapa majlis akad nikah dan resepsi selebriti sebagai inspirasi, bagi Wanista beberapa majlis ini memang cantik dan layak digelar “Wedding Of The Year“.
Majlis Akad Nikah Ernie Zakri Dan Syamel
Memang menjadi trend terkini, majlis akad nikah yang ringkas dan nampak segar. Cantik sangat!
Majlis Resepsi Nur Fazura Dan Fattah Amin
Bagi mereka yang mahukan majlis ala-ala kisah dongeng, kamu boleh lihat majlis resepsi Fazura yang ini.
Majlis Resepsi Ain Edruce Dan Amirul Hafiz
Lain daripada yang lain, konsep hitam merah majlis resepi Ain Edruce dan pasangan memang nampak sangat eksklusif dan mahal.
Majlis Resepsi Anzalna Nasir Dan Hanif Zaki
Nampak comel dan sangat cantik bila padankan gaun ala-ala puteri dan hiasan pelamin yang dipenuhi dengan bunga. Memang idaman setiap wanita.
Majlis Akad Nikah Yuna Zarai Dan Adam Sinclair
Tampil lain daripada majlis yang sedia ada, kamu boleh jadikan majlis akad nikah Yuna sebagai inspirasi.
- Foto – Iluminasi
Nak suasana yang lagi best, lakukan majlis akad di waktu pagi. Memang cantik dengan berlatar belakangkan kabus dan awan pagi.
Majlis Akad Nikah Noor Neelofa Dan Haris Ismail
Tampil ringkas dan mewah, warna putih memang tak pernah lapuk. Seragamkan majlis resepsi dan nikah dengan warna ini. Nampak sejuk mata memandang.
Majlis Resepsi Mira Filzah Dan Wan Emir Astar
Teringin majlis resepsi bertemakan taman? Memang cantik sangat tema ini dan nampak sangat damai dan aman.
Sesuaikan jenis dan warna baju mengikut konsep taman, memang naik seri pengantin!