Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Tak Ramai Sedar, 5 Tanda Kekasih Kamu Sudah Tiada Hati

by Sofie Azizlan
April 2, 2021
Foto - Picfair

Foto - Picfair

10
SHARES
97
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Setuju tak dengan pepatah “cinta itu sebenarnya buta”? Bagi Wanista, cinta itu memang buta.

Bukan apa kadang kala kita terlalu sayangkan pasangan sehinggakan tak perasan pun si dia sudah tunjukkan tanda tiada hati terhadap hubungan kamu.

Walaupun sedang dibutakan oleh rasa cinta, kamu perlu sedar terhadap reaksi dan tingkah laku pasangan untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai hubungan kamu.

Jika kamu tidak tahu sama ada si dia masih ada hati atau tidak terhadap kamu, perhatikan 5 jenis tanda ini.

Telefon sudah lama tiada notifikasi daripada si dia

Ramai yang berfikir bila pasangan sudah berhenti menghubungi dalam tempoh yang lama bermaksud si dia sibuk. Sebenarnya tidak!

Foto – Her Way

Ada beberapa sebab mengapa si dia berhenti menghubungi kamu. Sama ada si dia berkenalan dengan orang lain, bosan atau hubungan kamu sudah berada di penghujungnya.

Untuk mengetahui hal sebenar kenapa si dia tidak lagi menghubungi, kamu perlu tenang dan jangan bertindak dalam keadaan yang beremosi. Cuba cari waktu yang sesuai atau berjumpa dengan si dia bagi menyelesaikan ‘salah faham’ ini.

Asyik-asyik dengan alasan yang tak masuk akal 

Susah untuk tahu sama ada si dia bercakap jujur atau berbohong dengan kamu. Kalau nak tahu bagaimana, lihat apabila si dia mula memberikan alasan. Adakah masuk akal atau tidak?

Foto – The Irish Times

Untuk tahu sama ada si dia memberikan alasan tak masuk akal, kebiasaannya si dia akan cuba bercakap mengenai pekara yang tak jelas, sukar difahami dan pertahankan dirinya.

Jika kamu sering perasan si dia lakukan begini, percayalah bahawa si dia sentiasa berbohong pada kamu. Tak dinafikan boleh jadi emosi apabila tahu pasangan berbohong.

Sudah tak boleh sentuh telefon si dia 

Kalau sebelum si dia tidak kisah kamu memegang telefonnya sama ada untuk mengambil gambar dan sebagainya tetapi sekarang tidak boleh, percayalah ada sesuatu tengah berlaku.

Ini kerana telefon mengandungi pelbagai jenis rahsia yang tak diketahui oleh semua orang. Tetapi jika si dia menunjukkan reaksi sebegini, berkemungkinan si dia sedang mengenali orang lain tanpa pengetahuan kamu.

IKLAN

Foto – Psychology Today

Tetapi kamu tidak boleh merampas dan cuba check telefon kepunyaan orang lain kerana ianya barang peribadi dan kamu tiada hak jika tuannya tidak izinkan.

Nak selesaikan situasi ini, kamu perlu bercakap dan bertanya kepada pasangan kamu dengan tenang dan matang. Lakukan secara paksaan akan memburukkan lagi keadaan.

Kerap letakkan semua kesalahan kepada kamu 

Pernah tak kamu rasakan setiap perkara yang berlaku dalam hubungan kamu, boleh dikatakan semuanya akan menjadi kesalahan kamu di akhirnya?

Foto – Twitter

Percayalah apabila perkara itu sering berlaku, si dia sebenarnya tidak peduli dan sayang kamu untuk mengatakan ianya salah mereka atau meminta maaf.

Sebaliknya si dia akan membuatkan semua perkara yang berlaku itu adalah kesalahan kamu berbanding si dia mengorbankan diri untuk mengaku kesalahan sendiri.

Berhenti tunjukkan rasa sayang 

Sebelum ini, si dialah segalanya, sangat penyayang dan romantik. Tetapi semuanya berubah sekelip mata dan menjadi sebaliknya.

Foto – Dreamstime

Walaupun perkara ini sukar untuk diterima dan boleh menyakitkan hati, tetapi ianya adalah salah satu tanda si dia tidak lagi menyayangi kamu.

Jika pasangan kamu lakukan begini, tanyakan apa perasaan sebenarnya dan fokus pada diri sendiri selepas mendapat jawapannya.

Tak semua hubungan boleh berakhir dengan bahagia. Jika perhubungan kamu tidak boleh diteruskan, fikir dengan baik cara manakah yang terbaik untuk memutuskannya.

Apa-apa pun kamu perlu sentiasa bersemangat walaupun hati berkecai!

RUJUKAN: 1, 2

Tags: 5 tanda pasangan tiada hatipasangan tiada hati dengan kamutanda pasangan tak cintatanda pasangan tak suka kamutanda pasangan tiada hati dengan kamutanda tiada cinta dalam hubungan
Share4SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Mualaf Bertatu Kena Buang Tatu Dulu Ke Sebelum Mengerjakan Ibadah?

Selain Menjadi Sumber Protein, Ini 7 Kebaikan Salmon Yang Ramai Tak Tahu

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

Semudah ABC… Ini Cara Yang Tepat Lakukan Senaman Kegel

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.