Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

5 Cara Wanita Guna, Mengorat Jejaka Idaman

by Mas Idayu
April 3, 2021
Foto - Her Way

Foto - Her Way

13
SHARES
134
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Kadang-kala untuk mencapai sesuatu wanita harus memulakan langkah pertama, dan itu termasuklah aspek mengejar sang jejaka impian.

Lagi pula ianya tidak menjadi satu kesalahan untuk kaum hawa memulakan langkah pertama bagi memancing sang teruna pilihan hati, apatah lagi di zaman moden ini mencari pasangan yang serasi dan sesuai untuk dijadikan teman hidup sangat sukar.

Jadi jika kamu berjumpa dengan insan yang mampu buat kamu selamat, dapat menjaga kamu dan serasi, tak salah untuk kamu mengorat si dia dulu!

Buat Si Dia Ingin Mengenali Kamu

Foto – Daily Mail

Meski kamu yang memulakan langkah pertama, kamu perlu buat si dia berminat untuk mengenali diri kamu barulah strategik memikat hati si dia boleh berjaya.

Jika kamu selalu bertemu dengan si dia, cuba pancing perhatian si dia dengan bertanyakan sesuatu untuk dijadikan topik dan dari hari ke hari gerenti si dia berasa ingin mengenali diri kamu dengan lebih rapat.

Serta dalam masa yang sama kamu juga dapat mengumpul maklumat mengenai diri si dia, menerusi perbualan kamu berdua sebelum ini.

Kerap Berkomunikasi Dengan Si Dia

Foto – Pinterest

Apabila kamu dan si dia sudah saling mengenali bolehlah kamu mengorak langkah seterusnya, iaitu dengan kerap berkomunikasi dengan si dia.

Cuba cari masa yang sesuai untuk kerap menghantar mesej dan menghubungi si dia, dari situ hubungan kamu berdua mula menjadi akrab dan selesa serta perlahan-lahan si dia lebih terbuka untuk berbual mengenai apa jua perkara bersama kamu.

IKLAN

Cuba Luangkan Masa Bersama

Foto – Freepik

Kemudian apabila kamu lihat zon hubungan kamu dan si dia lebih terbuka, barulah kamu cuba untuk mengajak si dia keluar!

Dengan meluangkan masa bersantai dan berlibur bersama-sama sebagai rakan buat masa ini, ia dapat membantu kamu untuk memikat hati si dia dengan menunjukan pesona kamu di depan mata si dia tatkala keluar berdua.

Tunjukan Diri Kamu Prihatin Terhadap Si Dia

Foto – All About Japan

Selain itu, kamu juga perlu tunjukan sikap prihatin seperti selalu mendengar masalah atau memberi pandangan jika si dia memerlukannya. Tambahan lagi, kamu juga boleh tarik perhatian si dia dengan menyediakan bekal makanan harian untuk si dia.

Dengan cara ini si dia pasti tertunggu-tunggu apa yang kamu akan berikan kepadanya setiap hari, dan dalam masa yang sama kamu dapat nilai sendiri adakah si dia juga mempunyai rasa yang sama seperti kamu.

Berikan Hints Kamu Suka Dia

Foto – Ideapod

Tibalah masa untuk langkah seterusnya, tunjukan hints yang kamu suka pada si dia dengan menerusi topik perbualan, hantaran mesej, dan hadiah yang kamu berikan kepadanya sepanjang perkenalan.

Dan jika si dia mempunyai rasa yang sama seperti kamu, hubungan kamu berdua pasti akan bertukar status dengan serta merta.

Tetapi perlu diingatkan juga, kamu perlu bersedia jika si dia hanya anggap kamu kawan biasa maka kuatkan hati kerana ada insan lain yang sedang menanti kamu.

Semoga perkongsian hari ini, memberi manfaat buat para wanita yang mengejar sang jejaka impian masing-masing!

Selamat beramal♥

Tags: cara wanita mengoratcara wanita pikat lelakiteknik mengoratteknik wanita mengorat jejaka idamanwanita mengorat lelaki
Share5SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Mualaf Bertatu Kena Buang Tatu Dulu Ke Sebelum Mengerjakan Ibadah?

Selain Menjadi Sumber Protein, Ini 7 Kebaikan Salmon Yang Ramai Tak Tahu

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

Semudah ABC… Ini Cara Yang Tepat Lakukan Senaman Kegel

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.