Tak kisahlah bagaimana kamu mahu bergaya sekalipun, yang penting kamu yakin dan selesa dengan pemakaian kamu.
Selain Malaysia, influencers di Indonesia juga terkenal dalam gaya hidup sebagai seorang pencinta fesyen dan mempunyai stail sendiri.
Kali ini, Wanista akan tunjukkan kepada kamu gaya seorang influencer Indonesia, memang cantik dan boleh digelar sebagai seorang fashionista.
Kenali Athena Thalia, si gadis yang menarik perhatian pencinta fesyen
Berasal dari keluarga yang memiliki kebanyakan restoran Padang di Indonesia, Athena Thalia terkenal dengan taste yang berbeza dalam berfesyen.
Memiliki pengikut sehingga 14.7k di Instagram, tak hairanlah mengapa gadis ini boleh diberikan gelaran sebagai seorang fashionista.
Bentuk badan dan ketinggian yang sempurna menjadikan apa sahaja yang dipakainya memang nampak cantik dan terletak dengan elok.
Aksesori topi jangan dilupakan
Jeans memang wajib ada dalam almari!
Rasa ‘malas’ berfesyen, pakai macam ini
Tak ada idea? Head-to-toe penyelamat gaya ketika waktu ‘kecemasan’
Gaya sporty memang buatkan kamu nampak berbeza
Sisi feminin memang buatkan si pemakai nampak manis
Nampak mahal sangat dan eksklusif gaya fesyen Athena Thalia. Jadikan beberapa looks ini sebagai inspirasi kamu untuk tampil lebih bergaya setiap hari.
Selamat mencuba ♥