Rasa puas dan selesa selepas mengorek telinga menggunakan putik kapas, betul tak?
Bagi kebanyakan orang, ada yang sudah terbiasa menggunakan putik kapas untuk bersihkan bahagian dalam telinga. Dan ada juga yang langsung tidak pernah gunakannya.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang lelaki menjadi bingung selepas melihat label di kotak putik kapas yang dibelinya itu di sebuah kedai serbaneka.
Terkejut tak boleh guna selepas terbaca…
Lelaki yang dikenali sebagai Mark itu mengatakan dia telah membeli sekotak putik kapas kerana mahu membersihkan telinganya seperti kebiasaannya.
Tetapi dia mula keliru selepas membaca label di kotak tersebut apabila putik kapas sebenarnya tidak boleh digunakan pada lubang telinga dan juga hidung.
@rightguysreview #aldi #iwasthisoldwhen #cottonbuds #viral#fyp How do we clean ears then ?? #imshocked #health #hygiene #keepingclean #review thanks for the 250k
Mark yang sudah lama menggunakan putik kapas untuk bersihkan telinga menyatakan rasa terkejut dan tertanya-tanya mengapa dirinya baru tahu mengenainya.
Melihatkan video tersebut, beberapa pengguna lain berkongsi sebab mengapa putik kapas tidak boleh digunakan ketika mahu membersihkan telinga.
Kenapa tak boleh guna, bahaya ke?
Putik kapas sangatlah bahaya untuk digunakan di dalam lubang telinga. Ini kerana ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi yang berbahaya.
Kalau kamu nak tahu, putik kapas sebenarnya tidak membantu untuk bersihkan, malah menolak earwax kamu jauh ke dalam yang mempunyai potensi untuk mencederakan dan menyebabkan jangkitan dalam telinga.
Putik kapas sangat berbahaya untuk digunakan. Ini kerana ia boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti kecederaan dan jangkitan dalam telinga.
Pada masa yang sama, putik kapas ini bukannya membantu dalam bersihkan lubang telinga. Malah earwax yang tertusuk jauh ke dalam yang boleh mengakibatkan gegendang telinga tertusuk atau kehilangan pendengaran.
Risiko yang tinggi untuk ‘kerosakan’ dalam telinga
Sebenarnya earwax tak perlu dibersihkn kerana ia membantu menjaga telinga kamu daripada menjadi terlalu kering, memerangkap kotoran dan halang bakteria daripada masuk jauh ke dalam telinga.
Untuk jangka masa yang lama, earwax ini akan ‘berpindah’ secara semula jadi ke bahagian luar telinga di mana ia mudah dibersihkan.
Jika kamu tetap gunakan putik kapas untuk bersihkan telinga, beberapa risiko ini boleh dihadapi oleh kamu:
- rasa sakit dan gatal yang melampau di bahagian dalam telinga
- rasa seperti telinga kamu penuh
- pendengaran makin hilang dan menjadi lebih buruk
- memerangkap bakteria dalam lubang telinga yang boleh menyebabkan jangkitan
- rasa seperti benda asing di dalam telinga seperti hujung putik kapas tertinggal di dalam
- gegedang telinga boleh cedera dan pecah
Pengguna TikTok lain kongsi pendapat mengenai putik kapas
Perkongsian video oleh Mark telah membuatkan ramai pengguna TikTok yang lain mula berkongsi pendapat mereka mengenai bahaya putik kapas.
Audiologist beritahu putik kapas berisiko buatkan gegendang telinga berlubang
“Doktor pernah pesan jangan masukkan benda yang lebih kecil daripada siku di dalam telinga”
“Jangan gunakan pada orang dewasa dan juga bayi. Guna semburan untuk wax menjadi lembut”
“Putik kapas guna untuk bersihkan luar telinga dan jangan masukkan ke dalam”