Friday, April 23, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Masjid London Saksi Penyatuan Dr. Amalina Dan Alexander Charles

by Mas Idayu
April 4, 2021
Foto - Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Foto - Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

16
SHARES
158
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Akhirnya wanita hebat ini sah bergelar seorang isteri kepada jejaka kacak di Masjid Central London, pada 31 Mac 2021. Dengan sekali lafas, Dr. Amalina atau Nur Amalina Che Bakri sah menjadi isteri kepada Alexander Charles di hadapan Imam Sheikh Faid M Said.

Detik bahagia ini dikongsikan Dr. Amalina di media sosialnya, dengan memuatnaik beberapa foto pernikahan mereka berdua.

Kedua-duanya kelihatan begitu bahagia kerana akhirnya dapat disatukan jua, setelah tiga kali terpaksa menangguhkan majlis atas faktor terpaksa mengikuti pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.

Foto - Arkib Wanista

Fesyen Dr Amalina Che Bakri Yang ‘Bling Bling’

July 8, 2020

Ditemani 6 Orang Sewaktu Majlis Berlangsung

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Dipetik dari akaun Instagram Dr. Amalina, dirinya dan suami hanya dapat menjemput enam orang dari kalangan ahli keluarga dan rakan baik semasa majlis pernikahan berlangsung atas faktor mengikuti prosedur operasi standard United Kingdom.

Meski ditemani enam orang tetamu, Dr. Amalina memahami keadaan semasa serta peraturan harus diikuti dan menyatakan kesyukurannya kerana majlis dapat berjalan dengan lancar.

Sedih Ibu Tidak Dapat Bersama Di Hari Bahagia

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Difahamkan ibu Dr. Amalina tidak dapat menghadiri majlis bersejarahnya kerana sekatan perjalanan ke luar negara. Dipetik dari New Straits Times, Dr. Amalina meluahkan rasa sedih kerana ibunya Sabariah Hassan tidak ada bersama di sisi sewaktu hari bahagianya.

Tetapi apakan daya, dirinya memahami bahawa syarat pergerakan untuk ke luar negara sangat ketat semasa Covid-19 ini.

Meskipun ibunya tidak dapat berasa di sisi secara fizikal, Dr. Amalina menggunakan kemudahan teknologi seperti FaceTime supaya ibunya dapat menyaksikan hari bahagia bersama suami tercinta secara dalam talian.

IKLAN

Mengimbau Perkenalan Pertama Dengan Suami

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Siapa sangka pertemuan di sebuah majlis pada tiga tahun lalu, merupakan permulaan sebuah hubungan cinta yang diakhiri dengan ikatan perkahwinan yang abadi.

Daripada kawan biasa kemudian menjadi pasangan kekasih dan pada bulan Ogos 2020 pasangan ini mengikat tali pertunangan dengan cara yang cukup ringkas. Dan tahun ini, kedua merpati sejoli ini akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri.

Ciri Lelaki Idaman Dr. Amalina Ada Pada Suami Tercinta

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Dipetik dari New Straits Times, ciri-ciri lelaki idamannya ada pada suaminya iaitu seorang yang bijak, gentlemen, sangat menghormati wanita dan sopan. Kualiti yang ada pada dirinya membuatkan wanita hebat ini jatuh cinta kepada suaminya.

Ini Yang Buat Alexander Terpikat Pada Dr, Amalina

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Menurut New Straits Times, Alexander juga menyatakan bahawa dirinya sangat menyukai Dr. Amalina kerana dirinya seorang wanita yang bijaksana, seorang yang mengambil berat dan seorang wanita yang sangat cantik di matanya.

Moment Bahagia Dr.Amalina Dan Alexander

Terpancar Sinar Bahagia Di Wajah

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Merpati Dua Sejoli

Foto – Instagram Dr. Nur Amalina Che Bakri

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Dr. Amalina dan Alexander semua berbahagia sehingga Jannah-Nya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah♥

Rujukan: 1, 2,

Tags: alexander charlesalexander charles suami pilihan dr amalinadoktor amalina dah kahwindr amalina che bakridr amalina nikah jejaka inggerisdr amalina sah bergelar isteri
Share6SendShare

ARTIKELTERKINI

Jangan Sesekali Hantar Mesej Ini Bila Kamu Sudah Putus

Mualaf Bertatu Kena Buang Tatu Dulu Ke Sebelum Mengerjakan Ibadah?

Selain Menjadi Sumber Protein, Ini 7 Kebaikan Salmon Yang Ramai Tak Tahu

Minum Air Chlorophyll Trend Baru Di TikTok

Semudah ABC… Ini Cara Yang Tepat Lakukan Senaman Kegel

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.