Saturday, April 17, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Kecantikan

Pakar ‘Berang’ Dengan Teknik Sunscreen Gwyneth Paltrow

by Sofie Azizlan
April 5, 2021
Foto - Vogue (YouTube)

Foto - Vogue (YouTube)

13
SHARES
127
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Apa yang kamu faham mengenai pemakaian sunscreen di wajah atau mana-mana bahagian badan?

Seperti yang kita tahu, sunscreen perlu dipakai di tempat yang tidak dilindungi dengan pakaian seperti keseluruhan wajah, belakang tangan, kaki dan sebagainya.

Tetapi kecoh baru-baru ini apabila Gwyneth Paltrow, telah berkongsi rutin penjagaan wajahnya di YouTube milik Vogue.

Foto - Wanista

Tergoda Tengok Gwyneth Paltrow Pamer Tubuh Seksi Dalam Gaun Jarang

January 6, 2020
Foto - Pinterest

Berkesan? Gwyneth Paltrow Kongsi 5 Tips Untuk Perhubungan Kekal Lama

September 26, 2017

Menerusi perkongsian tersebut, ramai orang termasuk pakar dermatologi berang melihat teknik dan ‘ajarannya’ mengenai pemakaian sunscreen.

Sapu sunscreen macam pakai highlighter?

Aktres dan ahli perniagaan ini telah menerima banyak kritikan daripada pengguna media sosial yang lain termasuk pakar dermatologi selepas melihat video rutin penjagaan wajahnya itu.

Untuk pengetahuan kamu, aktres ini telah menyebarkan maklumat yang salah mengenai pemakaian sunscreen apabila teknik yang ditunjukkannya itu tidak berkesan dan efektif malah berbahaya.

Foto – Vogue (YouTube)

“Saya tak memakai sunscreen di keseluruhan wajah tetapi saya hanya meletakkannya di hidung saya dan kawasan yang terkena matahari sahaja.”

Seolah-olah seperti memakai highlighter, Gwyneth hanya menyapu sunscreen dalam kuantiti yang sedikit pada bahagian hidung, tulang pipi, bahagian atas bibir dan dagu.

Foto – Vogue (YouTube)

Selain daripada itu, aktres tersebut juga ‘diserang’ disebabkan oleh penggunaan sunscreen yang terhad dan menggunakannya di antara face oil dan pelembap.

Pakar Dermatologi jadi ‘berang’

Melihatkan perkongsian tersebut, seorang pakar dermatologi di New York, Dr. Shereene Idriss telah mengatakan aktres itu menjadikan penggunaan sunscreen sama seperti highlighter.

Malah penggunaan tersebut seolah-olah seperti aktres itu tidak memakai apa-apa di wajah terutamanya di tempat yang sepatutnya.

Foto – @shereeneidriss (Instagram)

Disebabkan oleh itu, Dr. Shereene telah memuat naik dan berkongsi satu video tutorial mengenai cara mengaplikasi sunscreen yang betul dan di mana yang sepatutnya aktres tersebut letakkan.

IKLAN

“Ini adalah bagaimana kamu gunakan sunscreen. Lindungi wajah, telinga dan leher. Jika kamu botak, letakkan di kulit kepala dan jangan tinggalkan bahagian belakang tangan anda!”

Foto – @shereeneidriss (Instagram)

Kalau kamu nak tahu, Dr, Shereene telah menjelaskan bahawa penggunaan sunscreen mestilah 1/3 sudu teh sehingga 1/2 sudu teh untuk kawasan wajah dan leher.

“Gwyneth sebar maklumat yang salah”, British Skin Foundation 

Selain Dr. Shereene, British Skin Foundation (BSF) juga menyatakan kepada orang ramai bahaya teknik yang ditunjukkan oleh aktres itu salah.

Menerusi perkongsian di Instagram, BSF telah berkongsi pendapat pakar dermatologi Dr. Thivie Maruthappu iaitu, “Penyebaran maklumat yang salah mengenai sunscreen perlu diberhentikan kerana ahli dermatologi melihat dan merawat kanser kulit dan luka kulit pra-kanser setiap hari.”

View this post on Instagram

A post shared by British Skin Foundation (@bsfcharity)

Pada masa yang sama, BSF juga mengatakan penggunaan sunscreen dengan betul dan kuantiti yang mencukupi sangat penting untuk mencegah kanser kulit.

Melihatkan kontroversi itu makin ‘hangat’ diperkatakan, jurucakap daripada Goop iaitu syarikat milik aktres tersebut mengatakan Gwyneth menggunakan jumlah sunscreen yang mencukupi.

“Video itu telah diedit untuk mencukupkan timing yang diperlukan dan sebab itulah dia tidak dapat menunjukkan penggunaan sunscreen yang sepenuhnya.”

Walaupun pihak Gwyneth mengatakan hal sedemikian, tetapi ramai pengguna sunscreen yang lain menasihati untuk sentiasa berunding dengan pakar dermatologi untuk tahu apa yang sesuai dengan kulit mereka.

Untuk kamu pula, jangan ikut teknik yang ditunjukkan oleh aktres ini. Tapi ikut teknik yang diajarkan oleh pakar dermatologi yang berlesen untuk elakkan potensi kanser kulit.

RUJUKAN: 1, 2, 3, 4

Tags: british skin foundation gwyneth paltrowdr shereene idrisGwyneth Paltrowisu sunscreen gwyneth paltrowviral gwyneth paltrow sunscreenvogue gwyneth paltrow
Share5SendShare

ARTIKELTERKINI

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

[Temu Bual] Wanita Pun Boleh Pakai, BOXO Jual Boxer Unisex Yang Trendy Dan Selesa!

Yoona Guna Essence Estee Lauder Ini Untuk Kulit Lembut Gebu Seperti Bayi

Kurma Ada Ulat? Ini Cara Basuh Dengan Sempurna

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.