Baru-baru ini dunia perubatan dikejutkan dengan berita kelahiran seorang bayi lelaki di Iraq yang dilahirkan dengan tiga zakar.
Dalam jurnal perubatan ‘International Journal of Surgery Case Reports’, yang ditulis oleh Dr. Shakir Saleem Jabali bersama Dr. Ayad Ahmad Mohammed.
Dengan tajuk jurnal “Triphallia (Triple Penis), The First Reported Case In Human”, menerangkan kes kelahiran tiga zakar ini merupakan kes yang pertama dalam sejarah perubatan dan juga di dunia.
Kelahiran Triphallia Yang Pertama Di Dunia
- Foto – The Rakyat Post
Dalam jurnal tersebut Dr. Shakir dan Dr. Ayad ada menyatakan kelahiran triphallia ini merupakan rekod kes yang pertama di dunia dan juga dalam sejarah perubatan.
Setiap satu dalam lima ke enam juta kelahiran mendapati kelahiran dengan alat kelamin lebih daripada satu sangat jarang berlaku.
Berdasarkan apa yang terkandung dari jurnal tersebut mendapati, ini merupakan kes yang unik apatah lagi cara rawatan juga agak sukar kerana ia menyentuh aspek perubatan, etika dan pembedahan kosmetik.
Satu Daripada Tiga Alat Kelamin Yang Berfungsi Secara Normal
- Foto – New Straits Times
Dipetik dari Astro Awani, hasil pemeriksaan pihak perubatan mendapati satu daripada tiga zakar bayi berkenaan berfungsi dengan baik manakala dua lagi tidak dapat berfungsi dan doktor memutuskan untuk membuang zakar tersebut.
Bawa Ke Hospital Kerana Kantung Skrotum Anak Bengkak
- Foto – The Indian Express
Pada awalnya tiada siapa yang mengetahui hal ini, tetapi ibu bapa kepada bayi berusia tiga bulan ini kemudian membawa anak mereka ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana melihat kantung bebola (skrotum) yang terletak di bawah zakar membengkak.
Dan hasil pemeriksaan doktor mendapati bayi lelaki tersebut memiliki tiga alat kelamin, di mana salah satu zakar tersebut berukuran dua sentimeter tumbuh di sekitar zakar utama, dan satu lagi zakar berukuran satu sentimeter panjang yang tumbuh dibawah tempurung zakar.
Dibawah Pemantauan Doktor Selama Setahun
- Foto – Today’s Parent
Dipetik dari jurnal “Triphallia (Triple Penis), The First Reported Case In Human”, doktor memantau bayi tersebut selama setahun sebelum membuat keputusan membuang dua lagi zakar yang tidak berfungsi.
Diharap bayi ini dapat membesar dengan baik, dan tiada sebarang komplikasi timbul di masa akan datang.